GERAKAN ANTI JEPUN DALAM KALANGAN MASYARAKAT BUMIPUTERA ISLAM DI SABAH, 1941-1945: SUATU PERSPEKTIF SEJARAH DARI BAWAH

The Anti-Japanese Movement among the Indigenous Muslim Community in Sabah, 1941–1945: A History from Below Perspective

Authors

  • Norazizah Adnan

Keywords:

Pendudukan Jepun, Sejarah Lisan, Penindasan, Penentangan, Gerila Kinabalu

Abstract

Artikel ini bertujuan merekonstruksi sejarah gerakan anti Jepun dalam kalangan bumiputera Islam di Sabah dengan menggunakan kaedah sejarah lisan sebagai alternatif kepada metodologi sedia ada. Dalam konteks pendudukan Jepun di Sabah menyaksikan gerakan anti Jepun (i) masih kurang ditulis, (ii) belum bersifat demokratik kerana hanya memfokuskan kepada pengkisahan mengenai penglibatan tentera komanwel dan masyarakat Cina dalam gerakan anti-Jepun dan (iii) memori kolektif daripada masyarakat bumiputera Islam belum diketengahkan secara baik dalam penulisan sedia ada. Justeru, pengaplikasian metod sejarah lisan bukan sahaja dapat mendokumentasikan fakta baharu mengenai gerakan anti Jepun dalam kalangan masyarakat bumiputera Islam, tetapi juga berpotensi mendemokrasikan sejarah pendudukan Jepun di Sabah yang sekian lama memfokuskan kepada penulisan “sejarah dari atas” dan kurang meneliti pengalaman bersifat kebangsaan di luar daripada penglibatan masyarakat Cina dan bumiputera bukan Islam lainnya di Sabah. Dengan kelebihan tersebut, maka penulisan ini dihasilkan berdasarkan temubual bersama informan yang hidup semasa pendudukan Jepun serta melalui memori kolektif dalam bentuk rakaman temubual bersama pelaku sejarah yang disimpan oleh Arkib Negeri Sabah dan belum pernah digunakan sebelum ini. Hasil daripada analisis yang dijalankan mendapati penglibatan masyarakat bumiputera Islam adalah sangat signifikan sama ada melalui “Gerila Kinabalu” yang dipimpin oleh Albert Kwok ataupun melalui “Gerila Suluk” yang dipimpin oleh Tun Datu Mustapha Datu Harun. Penglibatan ini diperlihatkan melalui gerakan berorganisasi yang dilaksanakan bersama-sama tentera Amerika dan Komanwel, kaedah perekrutan untuk mengikuti tentera gerila serta serang yang dilakukan terhadap Jepun di Sabah. Dengan memaparkan maklumat baharu tersebut secara tidak langsung berjaya merekonstruksi sejarah gerakan anti Jepun dalam kalangan masyarakat bumiputera Islam yang sekian lama terpinggir dalam wacana sejarah lokal dan nasional.

References

Dokumen Arkib

ANS/PS/PBPS/T/3/I

Arkib Negeri Sabah. (2010). Pengisahan Sabah: Perang Dunia Kedua.

Utusan Borneo. (21 Oktober 1995). Tun Datu Mustapha Wira Bangsa Dalam Perang Gerila.

Buku dan Jurnal

Abdullah Hussain. (1976). Tun Datu Mustapha Bapa Kemerdekaan Sabah: Sebuah Biografi. Kuala Lumpur: Penerbitan M.F.I.

Abu Bakar bin Haji Abdul Latip. (1982). Pendudukan Jepun di Sabah 1942–1945 (Latihan Ilmiah Ijazah Sarjana Muda Sastera). Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.

Arkib Negeri Sabah. (2005). Pengisahan Sabah: Perang Dunia Kedua = World War Two: The Sabah’s Story. Kota Kinabalu: Arkib Negeri Sabah.

Eko Prayitno Joko. (2002). Sejarah Lisan Dalam Historiografi Politik Sabah: Penelitian Terhadap Peristiwa Rusuhan Sabah, 1985–1986. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah.

Hafijah Sidru, & Azmi Arifin. (2017). Kedudukan dan keberadaan masyarakat Orang Asli Bajau Laut dalam sejarah pendudukan Jepun di Sabah 1942–45. Dalam Prosiding Persidangan Nasional Sejarah Dan Sejarawan Malaysia 2017: Memperkasa Sejarah Nasional Dalam Melestarikan Pembangunan Negara. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.

Maxwell Hall. (2009). Kinabalu Guerrillas. Kota Kinabalu: Opus Publications.

Md Saffie Abdul Rahim. (2018). Deskripsi Mengenai Sabah Daripada Pelbagai Perspektif. Kota Kinabalu: Institut Terjemahan & Buku Malaysia Berhad.

Md Saffie Abdul Rahim. (2019). 100 Tahun Jepun Dalam Pembangunan Ekonomi di Sabah 1880–1980. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Md Saffie Abdul Rahim, Ramli Dollah, & Eko Prayitno Joko. (2024). Unsung heroes in Sabah’s historiography: The indigenous community in the anti-Japanese movement in North Borneo, 1942–1945. Kemanusiaan: The Asian Journal of Humanities, 31(2), 119–143.

DOI: https://doi.org/10.21315/kajh2024.31.2.1

Milus Hj Abd Wahab, & Muddin Beting. (2015). Figura Dan Fakta Perjuangan Islam di Sabah. Kota Kinabalu: Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

Nadzan Haron. (1979). Suatu pandangan awal terhadap sejarah lisan dalam konteks pengkajian sejarah Malaysia. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies, 9, 44–58.

Ooi, K. G. (2011). The Japanese Occupation of Borneo 1941–1945. New York: Routledge.

Stephen R. Evans. (1999). Sabah Under the Rising Sun Government. Kota Kinabalu: Opus Publications.

Tesis

Dalius Lucius Lobinjang. (1989). Sabah semasa pendudukan Jepun 1942–1945. Tesis Sarjana Muda. Universiti Kebangsaan Malaysia. (Tidak Diterbitkan).

Subramaniam A/L Raman. (2009). Sejarah reaksi dan tindak balas British terhadap kegiatan perisikan Jepun di Borneo Utara sebelum Perang Dunia Kedua (1884–1941). Tesis Sarjana. Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan. Universiti Malaysia Sabah. (Tidak Diterbitkan).

Temubual

Tuan Haji Kadis Ayang & Haji Abdul Jalil (1986, Oktober 16). Temubual Mengenai Penglibatan Beliau Dalam Perang Gerila Di Kudat. Arkib Negeri Sabah.

Tuan Haji Abdul Rahman Haji Lamud (1985, Oktober 6), Temubual Mengenai Penglibatan Dan Pengalaman Beliau Dalam Perang Gerila Menentang Jepun Di Kudat. Arkib Negeri Sabah.

Haji Mohd Aji Mustapha ((1985, Oktober 6), Temubual Mengenai Penglibatan Dan Pengalaman Beliau Dalam Perang Gerila Menentang Jepun di Sabah. Arkib Negeri Sabah.

Published

2026-08-20

How to Cite

[1]
Adnan, N. 2026. GERAKAN ANTI JEPUN DALAM KALANGAN MASYARAKAT BUMIPUTERA ISLAM DI SABAH, 1941-1945: SUATU PERSPEKTIF SEJARAH DARI BAWAH: The Anti-Japanese Movement among the Indigenous Muslim Community in Sabah, 1941–1945: A History from Below Perspective. Jurnal Borneo Arkhailogia (Heritage, Archaeology and History). 11, 1 (Aug. 2026), 25–40.
Total Views: 1 | Total Downloads: 0