KOLEKSI GENDANG GANGSA DI MALAYSIA BERDASARKAN KLASIFIKASI HEGER

The Collection of Bronze Drums in Malaysia Based on the Heger Classificatio

Authors

  • Nordiana Nasuha Molinka

DOI:

https://doi.org/10.51200/jba.v11i1.8579

Keywords:

Gendang Gangsa, Heger, Timpanum, Arkeologi di Malaysia

Abstract

Zaman Logam di Asia Tenggara dicirikan oleh perkembangan dan penyebaran budaya gendang gangsa dari Tanah Besar Asia ke seluruh kepulauan rantau Asia Tenggara menerusi jaringan laluan maritim. Di Malaysia, jumpaan artifak gendang gangsa direkodkan berlaku di beberapa kawasan strategik yang merangkumi Semenanjung Malaysia dan Sabah. Sehingga kini, sebanyak 22 buah gendang gangsa berjaya didokumentasikan menerusi penemuan tidak sengaja, koleksi warisan istana, serta simpanan pihak orang perseorangan. Walau bagaimanapun, timbul satu permasalahan utama dalam disiplin arkeologi tempatan ekoran wujudnya kelompangan maklumat yang ketara akibat ketiadaan pendokumentasian secara berpusat yang menghimpunkan keseluruhan jumpaan tersebut. Perkara ini menyukarkan usaha sistematik untuk mengemas kini kedudukan, taburan kontekstual, dan status tipologi artifak-artifak tersebut secara kronologi. Sehubungan itu, objektif utama kajian ini adalah untuk menghimpunkan laporan inventori terkini bagi kesemua 22 buah gendang gangsa di Malaysia, sekali gus menganalisis dan membahagikan klasifikasinya berdasarkan acuan sistem tipologi Franz Heger (Heger I, II, dan III). Bagi mencapai tujuan tersebut, kajian ini menerapkan pendekatan metodologi kualitatif yang bersandarkan kepada analisis rekod muzium dan teubual, seterusnya diperkukuh dengan sorotan literatur kritis terhadap laporan dan penulisan jurnal terdahulu. Hasil kajian ini diharapkan dapat membekalkan satu dokumentasi inventori terkini yang berpotensi menjadi sumber rujukan berwibawa kepada para pengkaji, di samping memperkasakan dokumentasi artifak Zaman Logam, terutamanya zaman gangsa di Malaysia.

References

Buku dan Jurnal

Abdullah, M. Y. (1993). Gendang Dong Son di Muzium Negeri Terengganu: Satu Catatan. Jurnal Arkeologi Malaysia, 6, 51–62.

Aoyagi, Y. (1996). ボルネオ島のヘーゲルI 式銅鼓 (Heger I type drum from Borneo Island). Journal of Southeast Asian Archaeology. Vol. 16: 127–131.

Bernet Kempers, A. J. (1988). The Kettledrums of Southeast Asia: A Bronze Age World and its Aftermath. Modern Quaternary Research in Southeast Asia. A.A. Balkema.

Calo, A. (2007). Transitions of a Feathered World: The Distribution of Bronze Drums in Early Southeast Asia. Tesis Doktor Falsafah. SOAS University of London. (Tidak Diterbitkan).

Calo, A. (2014). Trails of Bronze Drums Across Early Southeast Asia: Exchange routes and connected cultural spheres. Institute of Network Cultures.

Fraser-Lu, S. (1983). Frog drums and their importance in Karen culture. Arts of Asia. Vol. 13(6): 62–71.

Imamura, K. (1993). Two tradition of Heger I type bronze drums. Journal of Southeast Asian Archaeology. Vol. 13: 113–130.

Imamura, K. (2010). The distribution of bronze drums of Heger I and Pre-I types: Temporal changes and historical background. 東京大学考古学研究室研究紀要 (Research Minutes of the University of Tokyo Archaeological Laboratory). Vol. 24. 29–44.

Jusoh, A., (2004). Penemuan Gendang Dongson di Semenanjung Malaysia: Asal usul dan signifikan. Tesis Sarjana. Universiti Kebangsaan Malaysia. (Tidak Diterbitkan).

Jusoh, A. (2012). Penemuan Gendang Gangsa Timbang Dayang (Sabah) dan Kepentingannya dalam Konteks Arkeologi. Jurnal Arkeologi Malaysia. Vol. 25: 49–63.

Jusoh, A. (2014). Elemen Inovasi dan Kreativiti Masyarakat Zaman Prasejarah Akhir Berdasarkan Lakaran Motif dan Pola Hiasan Gendang Gangsa di Asia Tenggara. Malaysia dari Segi Sejarah. Vol. 42: 1–16.

Jusoh, A., Ramli, Z., & Nik Abdul Rahman, N. H. S. (2014). Bronze Drum in Selangor (Malaysia): The Motif and Significance from Archaeological Perspective. Research Journal of Applied Sciences, Engineering and Technology. Vol. 8(7): 863–870.

Jusoh, A., & Sabin, Y. S. (2019). Motif Hiasan Tiga (3) Buah Gendang Gangsa di Muzium Matang, Perak. Kertas Kerja Pembentangan. Seminar Arkeologi Kebangsaan 4. Jabatan Warisan Negara, Kuala Lumpur, Malaysia.

Jusoh, A., Sabin, Y. S., & Ramli, Z. (2011). Gendang gangsa di Asia Tenggara: Tinjauan terhadap motif berunsur geometri. SARI: Jurnal Alam dan Tamadun Melayu. Vol. 29(2): 21–44.

Leong, S. H. (1989). Satu Perbincangan Mengenai Peninggalan Objek-Objek Gangsa Kecil dari Zaman Prasejarah Malaysia. Jurnal Arkeologi Malaysia. Vol. 2: 1–8.

Leong, S. H. (1997). Some Observations on a Newly Found Dongson Type Bronze Kettledrum from Selangor. Jurnal Seri Alam. Vol. 4: 1–18.

Leong, S. H. (2002). Heger I Type Drums Found in Malaysia: Some Comments on the Significances of These Finds. Kertas Kerja Pembentangan. International Seminar on Dongson Culture and Tradition in Southeast Asia. Muzium Negeri Terengganu, Malaysia.

Linehan, W. (1928). Some discoveries on the Tembeling. Journal of the Malayan Branch of the Royal Asiatic Society. Vol. 6(4): 66–76.

Linehan, W. (1951). Traces of a Bronze Culture Associated with Iron Age Implements in the Regions of Klang and the Tembeling, Malaya. Journal of the Malayan Branch of the Royal Asiatic Society. Vol. 24(3): 1–59.

Molinka, N. N. (2022). Dapatan kajian motif bintang gendang gangsa Heger I di Malaysia. Jurnal Borneo Akhailogia (Warisan, Arkeologi & Sejarah). Vol. 8(1): 335–348.

Molinka, N. N., Basrah Bee, B. B., & De Silva, M. (2018). Penelitian awal terhadap motif hiasan timpanum gendang gangsa Timbang Dayang, Pulau Banggi, Sabah. Jurnal Arkeologi Malaysia. Vol. 31(2): 51–61.

Nik Abdul Rahman, N. H. S. (2001). Loceng Gangsa Penchu Muar Johor dalam konteks Zaman Gangsa Malaysia. Jurnal Warisan Johor. Vol. 5: 165–173.

Peacock, B. A. V. (1964). A Preliminary Note on the Dongson Bronze Drums from Kampung Sungai Lang. Federated Museums Journal. Vol. 9: 1–3.

Peacock, B. A. V. (1965). Two Dong So'n Drums from Kuala Terengganu. Malaya in History. Vol. 10(2): 26–31.

Peacock, B. A. V. (1969). Gendang di Kampong Sungai Lang. Malaysia Dari Segi Sejarah. Vol. 5(1): 17–30.

Fail Muzium

Muzium Sabah. (t.t.). Timbang Dayang (Fail Arkib Muzium Sabah: ARK P1/08). Muzium Sabah, Kota Kinabalu, Sabah.

Temubual

Affendy Rahmat. (2021, 13 September). Kakitangan Unit Arkeologi, Muzium Sabah [Temu bual peribadi melalui Google Meet].

Aldofus Lester John Milip. (2021, 13 September). Penolong Pengarah II, Pengurusan Muzium, Muzium Sabah (Temu bual peribadi melalui Google Meet).

Peter Koon. (2021, 23 Ogos). Mantan Ketua Unit Arkeologi, Muzium Sabah (Temu bual peribadi melalui Google Meet).

Published

2026-11-04

How to Cite

[1]
Molinka, N.N. 2026. KOLEKSI GENDANG GANGSA DI MALAYSIA BERDASARKAN KLASIFIKASI HEGER: The Collection of Bronze Drums in Malaysia Based on the Heger Classificatio. Jurnal Borneo Arkhailogia (Heritage, Archaeology and History). 11, 1 (Nov. 2026), 117–136. DOI:https://doi.org/10.51200/jba.v11i1.8579.
Total Views: 4 | Total Downloads: 1