TRANSFORMASI BUDAYA DAN KELESTARIAN IDENTITI MASYARAKAT KENYAH DI BELAGA, SARAWAK, 1946-2024

Cultural Transformation and Identity Continuity among the Kenyah Community in Belaga, Sarawak, 1946-2024

Authors

  • Stephaly Levong Eyommos
  • Bilcher Bala

DOI:

https://doi.org/10.51200/jba.v11i1.8580

Keywords:

Kenyah, Belaga, Transformasi Budaya, Empangan Bakun, Identiti, Kelestarian Budaya

Abstract

Artikel ini membincangkan transformasi budaya dan kelestarian identiti masyarakat Kenyah di Belaga, Sarawak antara 1946-2024. Kajian bertujuan menjelaskan latar sejarah dan pembentukan identiti budaya Kenyah, menganalisis bentuk budaya yang menjadi asas kehidupan komuniti, serta menilai faktor yang mendorong perubahan budaya. Kajian menggunakan pendekatan sejarah sosial secara kualitatif melalui analisis sumber bertulis, pemerhatian lapangan dan keterangan informan masyarakat Kenyah. Dapatan menunjukkan bahawa identiti Kenyah dibentuk melalui hubungan antara rumah panjang, struktur kepimpinan tradisional, bahasa, adat resam dan kesenian seperti kalong, sape, Jatung Utang, Datun Julud, pakaian tradisional, tatu serta amalan berkaitan kelahiran, perkahwinan dan kematian. Namun, budaya tersebut mengalami perubahan ketara akibat pembangunan moden, khususnya pembinaan Empangan Hidroelektrik Bakun dan penempatan semula ke Sungai Asap, yang mengubah pola kediaman, hubungan sosial, kepimpinan komuniti dan kegiatan ekonomi. Proses tersebut diperkuat oleh migrasi, perkahwinan campur, pendidikan formal, perkembangan ekonomi dan penerimaan agama Kristian yang mengubah sebahagian kepercayaan, ritual dan amalan tradisional. Bahasa Kenyah turut menghadapi cabaran apabila generasi muda semakin terdedah kepada bahasa Melayu, Iban dan bahasa lain melalui pendidikan serta interaksi sosial. Walau bagaimanapun, perubahan tersebut tidak menghasilkan kehilangan identiti secara menyeluruh. Sebahagian unsur budaya terus dikekalkan, disesuaikan atau dipersembahkan dalam konteks baharu sebagai tanda identiti dan kesinambungan komuniti. Kajian ini berhujah bahawa transformasi budaya masyarakat Kenyah merupakan proses penyesuaian selektif yang berlaku apabila pembangunan, mobiliti dan perubahan institusi menyusun semula kehidupan komuniti, sementara unsur budaya yang masih memiliki fungsi sosial dan simbolik terus dipertahankan sebagai asas identiti Kenyah.

References

Buku dan Jurnal

Campbell, Y. M., Jerome, C., Gedat, R. & Maliki, J. (2024). Narrative Analysis of Orang Ulu Heirlooms: Uncovering Their Cultural and Historical Significance. Asian Journal of Research in Education and Social Sciences. Vol. 6 (3): 722-734.

Dong, M., Sum, S. M., Othman, N. & Awang, A. H. (2024). Jangkaan Impak Pembinaan Empangan Hidroelektrik terhadap Komuniti Orang Asli. Akademika. Vol. 94 (1): 40-53.

GhostenWan, A. & Jaafar, S. R. S. (2020). Sistem Panggilan Kematian dalam Masyarakat Kenyah Badeng. e-Bangi: Journal of Social Sciences and Humanities. Vol. 17 (1): 135-151.

Harsanto, F. H. T. & Sampurno, S. R. L. A. (2019). Suku Kenyah di Desa Budaya Pampang, Kalimantan: Studi Kasus Perubahan Sosial Budaya Masyarakat Kenyah Tahun 1972-2015. Bandar Maulana: Jurnal Sejarah dan Budaya. Vol. 24 (1): 47-61.

Ho, P., Nor-Hisham, B. M. S. & Zhao, H. (2020). Limits of the Environmental Impact Assessment (EIA) in Malaysia: Dam Politics, Rent-Seeking, and Conflict. Sustainability. Vol. 12 (24): 1-16. Artikel 10467. https://doi.org/10.3390/su122410467

Lenjau, J. N. (2017). Tranformasi Sosial dalam Etnik Kenyah Sang di Long San, Baram, Sarawak. Journal of Borneo-Kalimantan. Vol. 3 (2): 62-72. https://doi.org/10.33736/jbk.627.2017

Liau, J. (2025). Tradisi dan Penggunaan Mantera dalam Etnik Kenyah. Journal of Borneo-Kalimantan. Vol. 11 (1): 9-27. https://doi.org/10.33736/jbk.9591.2025

Lumenta, D. (2011). Moving in a Hierarchized Landscape: Changing Border Regimes in Central Kalimantan. Wacana: Journal of the Humanities of Indonesia. Vol. 13 (1): 121-145.

Lumenta, D. (2017). The Political Economy of Ending Headhunting in Central Borneo: Inter-colonial and Kenyah Perspectives on the 1924 Kapit Peacemaking Agreement and Its Aftermath. Modern Asian Studies. Vol. 51 (4): 1070-1098.

Padri, L. P. & Ramli, H. (2021). Ragam Hias Kalong dalam Senibina Masyarakat Orang Ulu di Sarawak. Journal of Humanities and Social Sciences. Vol. 3 (3): 136-143.

Schiller, A. (2007). Activism and Identities in an East Kalimantan Dayak Organization. The Journal of Asian Studies. Vol. 66 (1): 63-95.

Smith, J. A. & Smith, K. J. (2017). Indigenous Language Development in East Malaysia. International Journal of the Sociology of Language. vol. 2017, no. 244: 119-135. https://doi.org/10.1515/ijsl-2016-0059

Tan, C. B. (2016). It Is Easy When You Are a Christian: Badeng Kenyah Conversion to Christianity. Cultural and Religious Studies. Vol. 4 4 (4): 54-272.

Sumber Lisan

Ayon Dato. Sang Anau Long Bulan, Sarawak. Temu bual, 2025.

Echan Bilong. Sang Anau Long Bulan, Sarawak. Temu bual mengenai tatu dan tradisi telinga panjang Kenyah, 2025.

Emmy Ngang. Uma Bakah Apau Kayon, Sarawak. Temu bual mengenai budaya Kenyah, 2025.

Eyommos Ngang. Sang Anau Long Bulan, Sarawak. Temu bual mengenai adat dan budaya Kenyah, 2025.

Omri Sarimanus. Uma Baha Sang Anau, Sarawak. Temu bual mengenai pendidikan dan penggunaan bahasa.

Robinso Oso. Long Busang, Sarawak. Temu bual mengenai perubahan budaya Kenyah, 2025.

Published

2026-11-05

How to Cite

[1]
Eyommos, S.L. and Bala, B. 2026. TRANSFORMASI BUDAYA DAN KELESTARIAN IDENTITI MASYARAKAT KENYAH DI BELAGA, SARAWAK, 1946-2024: Cultural Transformation and Identity Continuity among the Kenyah Community in Belaga, Sarawak, 1946-2024. Jurnal Borneo Arkhailogia (Heritage, Archaeology and History). 11, 1 (Nov. 2026), 137–160. DOI:https://doi.org/10.51200/jba.v11i1.8580.
Total Views: 0 | Total Downloads: 0