INSPIRASI PENCIPTAAN PARANG ILANG DALAM KEBUDAYAAN MATERIAL IBAN DI SARAWAK
The Inspiration of The Creation of Ilang Machete in Iban Material Culture in Sarawak
DOI:
https://doi.org/10.51200/jba.v11i1.8581Keywords:
Parang Ilang, Inspirasi, Kebudayaan Material, Pengetahuan Pribumi, Kreativiti, Masyarakat Iban, SarawakAbstract
Parang Ilang merupakan salah satu kebudayaann material masyarakat Iban di Sarawak yang mencerminkan hubungan antara kreativiti, pengetahuan pribumi dan identiti budaya. Kajian terdahulu telah membincangkan parang Ilang dari perspektif warisan, pusaka dan kedudukannya dalam kebudayaan material Iban. Walau bagaimanapun, proses pembentukan inspirasi yang mendasari penciptaannya, khususnya hubungan antara sumber inspirasi, pengalaman individu pencipta dan pengetahuan budaya, masih memerlukan penelitian yang lebih mendalam. Oleh itu, kajian ini bertujuan menganalisis sumber inspirasi yang mempengaruhi penciptaan parang Ilang serta meneliti sumber tersebut ditafsir melalui pengetahuan pribumi dan kreativiti individu pencipta. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan menggabungkan pemerhatian lapangan, temu bual dan dokumentasi terhadap penciptaan parang Ilang dalam budaya Iban di Sarawak. Data dianalisis secara tematik bagi mengenal pasti pola sumber inspirasi dan hubungannya dengan proses penciptaan parang Ilang. Perbincangan kajian memberi tumpuan kepada hubungan antara alam semula jadi, pengalaman hidup, pengetahuan budaya dan interpretasi kreatif dalam pembentukan kebudayaan material Iban. Secara konseptual, kajian ini meletakkan inspirasi sebagai proses yang menghubungkan pengalaman dan pengetahuan pribumi dengan ekspresi kebudayaan material Iban. Perspektif ini membolehkan parang Ilang difahami bukan sekadar sebagai objek warisan, tetapi juga sebagai manifestasi pengetahuan, pengalaman dan kreativiti yang berkembang dalam konteks budaya Iban. Kajian ini menyumbang kepada pengembangan wacana budaya material dan seni pribumi dengan mengetengahkan kepentingan proses inspirasi dalam memahami pembentukan makna serta kesinambungan pengetahuan budaya. Penelitian ini juga berpotensi menyokong usaha dokumentasi warisan budaya Iban dengan memberikan perhatian kepada pengetahuan dan pengalaman penghasil sebagai sebahagian daripada warisan yang perlu dipelihara.
References
Buku dan Jurnal
Askegaard, S. (2015). Consumer Culture Theory (Cct). The Wiley Blackwell Encyclopedia of Consumptionand Consumer Studies. Vol. 2(1): 1-4.
Asri, A. (2024). Kearifan tradisi seni Parang Ilang dalam budaya masyarakat Iban di Sarawak (Tesis kedoktoran, Universiti Malaysia Sarawak). Tidak Diterbitkan.
Asri, A., Tugang, N., Ajop, A. J. C., & Mukresh, M. (2025). The Role of the Parang Ilang in Iban Material Culture in Sarawak. Melayu: Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu. Vol. 18(2): 267–288. https://doi.org/10.37052/jm.18(2)no6
Cajete, G. (2000). Indigenous Knowledge: The Pueblo Metaphor of Indigenous Education. Reclaiming Indigenous Voice and Vision. Vol. 15(26): 37-58. Duan, J., Evans, M., Hurn, K., Storer, I., & Bai, Z. (2024). A Creative Industrial Design Framework of the Taxonomy for Chinese Indigenous Materials and Relevant Crafts. Humanit Soc Sci Commun. Vol. 11. Artikel 462. https://doi.org/10.1057/s41599-024-02768-1
Guindon, F. (2015). Tchnology, Material Culture and The Well-Being of Aboriginal Peoples of Canada. Journal of Material Culture. Vol. 20(1): 77-97.
Jehom, W. J. (Ed.). (2026). Enriching Iban Pua Kumbu: Weaving Tradition and Innovation in an Indigenous Society. London: Palgrave Macmillan; Petaling Jaya: Strategic Information and Research Development Centre.
Kiyai, G., & Tugang, N. (2021). Artifak Budaya Masyarakat Iban: Warisan dan Pusaka. Jurnal Kinabalu. Vol. 26(1): 59-71. https://doi.org/10.51200/ejk.v26i1.2261
Kiyai, G., & Tugang, N. (2021). The Study of Material Culture of The Iban Community in Sarawak: Ngepan. International Journal of Applied and Creative Arts. Vol. 4(1): 80–97. https://doi.org/10.33736/ijaca.4204.2021
Liu, H., Alli, H., & Yusoff, I. S. M. (2024). A Thematic Review on Traditional Handicraft from Design Perspective Publications From 2002–2022: Analysis of Trends for Future Studies. Cogent Arts & Humanities. Vol. 11(1). Article 2298084. https://doi.org/10.1080/23311983.2023.2298084
McHattie, L. S., & Teo, W. T. B. (2024). Indigenous Relations: Craft, Vernacular Materials and Cultural Assets in Borneo. CoDesign. Vol. 20(1): 194–217.
Mukresh, M., Tugang, N., & Asri, A. (2025). Urban Transformations and Social Change in Iban Handicrafts: Indigenous Knowledge and Cultural Identity. Journal of Cultural Analysis and Social Change. Vol. 10(2), 82–94.
Prown, J. D. (1982). Mind In Matter: An Introduction to Material Culture Theory and Method. Winterhur Portfolio. Vol. 17(1), 1-9.
Rockliffe, L., Stearns, S., & Forster, A. S. (2020). A Qualitative Exploration of Using Financial Incentives to Improve Vaccination Uptake Via Consent Form Return in Female Adolescents in London. PLOS ONE. Vol. 15(8): e0237805. https://doi.org/10.1371/journal.pone.0237805.
Sahari, F., Hasan, R., Lucas, T., Angat, N. F., & Hasbi, Z. F. (2020). Material Culture: A Digital Documentation of the Art and Culture of the Saribas Malay, Sarawak. Akademika. Vol. 90(2): 115-116.
Scarpaci, J. L. (2016). Material Culture and The Meaning of Objects. Material Culture. Vol. 48(1): 1-9.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Penyerahan manuskrip mensyaratkan bahawa manuskrip tidak pernah diterbitkan di tempat lain ataupun sedang dipertimbangkan untuk penerbitan oleh penerbit lain. Jika dan apabila manuskrip telah diterima untuk penerbitan, maka penulis bersetuju untuk memindahkan secara automatik hak cipta kepada penerbit ©Universiti Malaysia Sabah. Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula dalam bentuk apa pun atau dengan cara apa pun tanpa kebenaran bertulis terbelih dahulu daripada penerbit.
Permintaan kepada Penerbit untuk kebenaran hendaklah dialamatkan kepada:
Penerbit UMS,Tingkat Bawah Perpustakaan,Jalan UMS, Universiti Malaysia Sabah,88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.Tel: (+6088) 320000 Ext. 1015Fax: (+6088) 320446 E-mail: penerbit@ums.edu.my
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Submission of article implies that the article has not been previously published elsewhere nor is under consideration for publication by another publisher. If and when the article is accepted for publication, the authors agree to automatic transfer of the copyright to the publisher ©Universiti Malaysia Sabah. All rights reserved. No part of this publication may be reproduced in any form or by any means, without the prior written permission of the publisher.
Requests to the Publisher for permission should be addressed to:
Penerbit UMS,Ground Floor Library,Jalan UMS, Universiti Malaysia Sabah,88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.Tel: (+6088) 320000 Ext. 1015Fax: (+6088) 320446 E-mail: penerbit@ums.edu.my