DASAR DAN STRATEGI BROOKE DALAM MEMBANTERAS BUDAYA NGAYAU MASYARAKAT IBAN DI SARAWAK, 1841-1908
Brooke Policies and Strategies in Suppressing the Iban Ngayau Tradition in Sarawak, 1841-1908
DOI:
https://doi.org/10.51200/jba.v11i1.8582Keywords:
Ngayau, Masyarakat Iban, Pemerintahan Brooke, Dasar Kolonial, SarawakAbstract
Artikel ini meneliti dasar dan strategi pemerintahan Brooke dalam membanteras budaya ngayau masyarakat Iban di Sarawak antara tahun 1841-1908. Kajian bertujuan menjelaskan konsep dan kedudukan ngayau dalam kehidupan masyarakat Iban, menganalisis dasar yang diperkenalkan oleh pemerintahan Brooke untuk mengawal kegiatan tersebut, serta menilai strategi yang digunakan dalam proses pembanterasannya. Kajian menggunakan pendekatan sejarah secara kualitatif melalui penyelidikan kepustakaan dan analisis dokumen terhadap buku, artikel jurnal serta penulisan sejarah berkaitan masyarakat Iban dan pemerintahan Brooke. Dapatan kajian menunjukkan bahawa ngayau tidak boleh difahami semata-mata sebagai tindakan keganasan atau kanibalisme kerana amalan tersebut berkait dengan keselamatan, peperangan, perhambaan, status sosial lelaki, perkahwinan serta keagamaan dan kepercayaan. Pemerintahan Brooke kemudiannya membentuk pendekatan pembanterasan melalui penubuhan Mahkamah Keadilan, penggubalan undang-undang, kempen anti-pelanunan dan dasar penempatan tetap. Pelaksanaannya diperkukuhkan melalui hubungan dengan pemimpin tempatan, ekspedisi ketenteraan, penubuhan Sarawak Rangers, perjanjian pendamaian, pembinaan kubu serta perkembangan kegiatan missionari dan pendidikan. Namun, pembanterasan tersebut tidak berlaku secara serta-merta kerana kegiatan ngayau masih berterusan di sesetengah kawasan, khususnya pedalaman, sebelum mengalami pengurangan secara beransur-ansur. Kajian ini berhujah bahawa perubahan terhadap budaya ngayau merupakan hasil gabungan antara penguatkuasaan politik, kawalan ketenteraan, rundingan dengan kepimpinan tempatan dan penyusunan semula kehidupan sosial masyarakat Iban, bukan hasil satu dasar tunggal pemerintahan Brooke.
References
Buku dan Jurnal
Ali, I. (2013). Pemburuan Hamba, Pelanunan dan Kempen Penghapusan Lanun di Sarawak: Perspektif Sejarah Maritim. Jurnal Kajian Sejarah dan Pendidikan Sejarah. Vol. 24 (6): 330-340.
Bock, C. (1919). The Head-Hunters of Borneo. London: Gilbert and Rivington Limited.
Brooke, C. (1866). Ten Years in Sarawak. London: Tinsley.
Buda, N. & Chuat, J. 2011. Iban Pegai Rajah Brooke. Sarawak: Iban Pegari Production.
Chater, W. J. (1994). Sarawak Long Ago. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Durin, A. et al. (2011). Pengaruh Ngayau dalam Headhunting dalam Penciptaan Motif Tekstil Pua Kumbu Masyarakat Iban di Sarawak. Jurnal Melayu. Vol. 7: 303-316.
Gomes, E. H. (1911). Seventeen Years Among Sea Dyaks of Borneo. London: Seeley & Co. Limited.
Baring-Gould, S. & Bampfylde, C. A. 1909. A History of Sarawak Under Its Two White Rajahs, 1839-1908. London: H. Sotheran & Co.
Howell & Bailey. (1900). A Sea Dayak Dictionary, in Alphabetical Parts, With Examples and Quotations Shewing the Use and Meaning of Words. Singapore: American Mission Press.
Keppel, H. (1991). The Expedition to Borneo of H.M.S. Dido. Oxford: Oxford University Press.
Kiyai @ Keai, G. (2022). Perang Beting Marau: Kemuncak kepada Konflik Iban dan Rajah Brooke. Journal of Defence Management, Social Science and Humanities. Vol. 5 (2): 90-101.
Md. Nazri, H. (2018). Aspek Sosial dan Kebudayaan Masyarakat Iban di Sarawak. Idealogy Journal of Arts and Social Science. Vol. 3 (2): 79-90.
Merriam, S. B. (1998). Qualitative Research and Case Study Applications in Education. San Francisco: Jossey-Bass.
Ooi, K. G. (2001). Dunia Di Seberang Sungai: Pendidikan Di Sarawak Dari Zaman Pemerintahan Brooke hingga ke Pentadbiran Pejabat Tanah. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.
Pringle, R. (1970). Rajahs and Rebels: The Ibans of Sarawak Under Brooke Rule, 1841-1941. Ithaca: Cornell University Press.
Runciman, S. (1960). The White Rajahs: A History of Sarawak From 1841-1946. Cambridge: Cambridge University Press.
Sutlive Jr, V. H. (1992). Tun Jugah of Sarawak: Colonialism and Iban Response. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Tugang, N. & Kiyai, G. (2022). The Adaption of Nature in Iban Cultural Artefact. Jurnal Borneo Arkhailogia (Warisan, Arkeologi & Sejarah). Vol. 7 (1): 86-101.
Warren, J. F. (2002). Iranun and Balangingi: Globalization, Maritime Raiding and the Birth of Ethnicity. Quezon City: New Day Publishers.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Penyerahan manuskrip mensyaratkan bahawa manuskrip tidak pernah diterbitkan di tempat lain ataupun sedang dipertimbangkan untuk penerbitan oleh penerbit lain. Jika dan apabila manuskrip telah diterima untuk penerbitan, maka penulis bersetuju untuk memindahkan secara automatik hak cipta kepada penerbit ©Universiti Malaysia Sabah. Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula dalam bentuk apa pun atau dengan cara apa pun tanpa kebenaran bertulis terbelih dahulu daripada penerbit.
Permintaan kepada Penerbit untuk kebenaran hendaklah dialamatkan kepada:
Penerbit UMS,Tingkat Bawah Perpustakaan,Jalan UMS, Universiti Malaysia Sabah,88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.Tel: (+6088) 320000 Ext. 1015Fax: (+6088) 320446 E-mail: penerbit@ums.edu.my
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Submission of article implies that the article has not been previously published elsewhere nor is under consideration for publication by another publisher. If and when the article is accepted for publication, the authors agree to automatic transfer of the copyright to the publisher ©Universiti Malaysia Sabah. All rights reserved. No part of this publication may be reproduced in any form or by any means, without the prior written permission of the publisher.
Requests to the Publisher for permission should be addressed to:
Penerbit UMS,Ground Floor Library,Jalan UMS, Universiti Malaysia Sabah,88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.Tel: (+6088) 320000 Ext. 1015Fax: (+6088) 320446 E-mail: penerbit@ums.edu.my