TRANSFORMASI DAN KELESTARIAN ADAT PERKAHWINAN MASYARAKAT IBAN DI BETONG, SARAWAK, 1963-2024

Transformation and Continuity of Iban Marriage Customs in Betong, Sarawak, 1963-2024

Authors

  • Catherine Lawas Julius Jimbau
  • Bilcher Bala

DOI:

https://doi.org/10.51200/jba.v11i1.8585

Keywords:

Adat perkahwinan Iban, Betong, Transformasi Budaya, Agama, Pemodenan, Kelestarian Warisan

Abstract

Artikel ini membincangkan transformasi dan kelestarian adat perkahwinan masyarakat Iban di Betong, Sarawak antara 1963-2024. Kajian bertujuan menjelaskan bentuk pengamalan adat perkahwinan tradisional, menganalisis faktor serta impak perubahan yang berlaku, dan menilai usaha mengekalkan adat tersebut dalam persekitaran sosial yang semakin berubah. Kajian menggunakan pendekatan sejarah sosial secara kualitatif melalui analisis sumber bertulis dan temu bual dengan informan masyarakat Iban di Betong. Dapatan kajian menunjukkan bahawa adat perkahwinan Iban mengalami perubahan ketara pada peringkat ritual, pemilihan pakaian, lokasi majlis, proses pembentukan pasangan dan penglibatan keluarga. Penyebaran agama Kristian menjadi antara pemangkin utama apabila beberapa ritual yang berkaitan dengan kepercayaan tradisional, termasuk miring dan bebiau, digantikan dengan amalan keagamaan Kristian. Perubahan tersebut turut dipengaruhi oleh pendidikan, perkahwinan campur, perkembangan ekonomi, perundangan, teknologi komunikasi dan media sosial yang meningkatkan kebebasan individu serta memperluas pendedahan kepada bentuk perkahwinan moden. Namun, perubahan tidak berlaku sebagai penghapusan tradisi secara menyeluruh. Beberapa unsur seperti nanya indu, hubungan kekeluargaan dan peranan adat masih dikekalkan atau disesuaikan menurut kepercayaan dan keperluan semasa. Dalam masa yang sama, pengurangan amalan ritual dan seni tradisi, perubahan peranan keluarga serta peningkatan kos majlis menimbulkan cabaran terhadap kesinambungan warisan budaya. Pendidikan, dokumentasi, penglibatan generasi muda, kepimpinan adat, sokongan institusi dan penggunaan media menjadi mekanisme penting dalam usaha pemeliharaan. Kajian ini berhujah bahawa transformasi adat perkahwinan Iban merupakan proses penyesuaian selektif, iaitu masyarakat menerima perubahan agama dan kehidupan moden sambil mempertahankan unsur adat yang masih mempunyai fungsi sosial, identiti dan makna budaya.

References

Buku dan Jurnal

Bala, P. (2002). Changing Borders and Identities in the Kelabit Highlands: Anthropological Reflections on Growing Up Near an International Border. Kota Samarahan, Sarawak : Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)

Bilon @ Senang, B. M. & Tugang, N. (2018). The Iban Traditional Religion: Miring. Journal of Borneo-Kalimantan. Vol. 4 (1): 37-42. https://doi.org/10.33736/jbk.920.2018

Freeman, D. (1961). On the Concept of the Kindred. Journal of the Royal Anthropological Institute of Great Britain and Ireland. Vol. 91 (2): 192-220.

Kiyai @ Keai, G. (2021). Awal Peradaban Masyarakat Iban di Tembawai Tampun Juah: Satu Penelitian Awal. PERADABAN. Vol. 14 (1): 37-61. https://doi.org/10.22452/peradaban.vol14no1.3

Kiyai @ Keai, G. (2023). Faktor dan Kemunduran Artifak Budaya dalam Masyarakat Iban di Sarawak. Perspektif: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan. Vol. 15 (1): 67-79.

Kiyai @ Keai, G., Tugang, N. & Seer, O. (2020). Ngajat Iban: Satu Penelitian Budaya. KUPAS SENI: Jurnal Seni dan Pendidikan Seni. Vol. 8 (2): 70-83. https://doi.org/10.37134/kupasseni.vol8.2.6.2020.

Nazri, H. M. (2018). Aspek Sosial dan Kebudayaan Masyarakat Iban di Sarawak. Idealogy. Vol. 3 (2): 79-90.

Rozaimie, A., Tom, A. A. & Jalil, S. W. (2023). Conserving the Jadi Mali Ritual for Cultural Sustainability: A Case Study of the Iban Community in Sarawak. Kajian Malaysia. Vol. 41 (1): 43-61.

Tugang, N., Senang, B. M., Asri, A., Yow, C. L. et al. (2022). Warisan Budaya Miring dalam Masyarakat Iban di Sarawak. Kota Samarahan: Universiti Malaysia Sarawak.

Yusoff, M. Y. M. (2018). Pemuliharaan Warisan Budaya Melalui Perundangan Warisan dan Agensi Pelaksana di Malaysia. Jurnal Melayu. Vol. 17 (2): 143-159.

Sumber Lisan

Aji Anak Empeni. Penolong Ketua Kampung Dulang Merebong, Debak. Temu bual.

Saing Anak Keleman. Penduduk Kampung Tebalau Ulu Layar, Betong. Temu bual.

Published

2026-11-04

How to Cite

[1]
Julius Jimbau, C.L. and Bala, B. 2026. TRANSFORMASI DAN KELESTARIAN ADAT PERKAHWINAN MASYARAKAT IBAN DI BETONG, SARAWAK, 1963-2024: Transformation and Continuity of Iban Marriage Customs in Betong, Sarawak, 1963-2024. Jurnal Borneo Arkhailogia (Heritage, Archaeology and History). 11, 1 (Nov. 2026), 249–272. DOI:https://doi.org/10.51200/jba.v11i1.8585.
Total Views: 1 | Total Downloads: 0