TRANSFORMASI DAN KELESTARIAN BUDAYA MASYARAKAT IBAN DI SIBU, SARAWAK, 1960-2024

Cultural Transformation and Continuity among the Iban Community in Sibu, Sarawak, 1960-2024

Authors

  • Marcella Devis Ingit
  • Bilcher Bala

DOI:

https://doi.org/10.51200/jba.v11i1.8586

Keywords:

Masyarakat Iban, Sibu, Transformasi Budaya, Rumah Panjang, Miring, Kelestarian Budaya

Abstract

Artikel ini membincangkan transformasi dan kelestarian budaya masyarakat Iban di Sibu, Sarawak antara 1960-2024. Kajian bertujuan menjelaskan bentuk budaya yang menjadi asas kehidupan masyarakat Iban, menganalisis faktor yang mendorong perubahan budaya, serta menilai mekanisme yang digunakan untuk mengekalkan warisan dan identiti komuniti. Kajian menggunakan pendekatan sejarah sosial secara kualitatif melalui sumber bertulis dan keterangan lisan bagi meneliti perubahan rumah panjang, adat perkahwinan, kepercayaan tradisional serta gaya hidup masyarakat Iban. Dapatan menunjukkan bahawa perubahan budaya berlaku secara beransur-ansur dan tidak menghasilkan penghapusan tradisi secara menyeluruh. Migrasi ke bandar dan perkembangan ekonomi mengurangkan fungsi rumah panjang sebagai pusat kehidupan harian apabila sebahagian keluarga memilih kediaman moden dan pekerjaan dalam sektor formal, namun rumah panjang terus mempunyai nilai sebagai ruang pertemuan, perayaan dan simbol identiti. Adat perkahwinan turut mengalami penyederhanaan apabila upacara di gereja dan dewan semakin mendapat tempat, sementara sebahagian unsur tradisional terus dikekalkan secara simbolik. Penyebaran agama Kristian memberi kesan yang lebih langsung terhadap amalan yang berasaskan kepercayaan tradisional, khususnya miring dan berburong, yang semakin terbatas penggunaannya. Globalisasi dan media pula mempunyai kesan dua hala dengan mempercepat pendedahan kepada gaya hidup moden tetapi pada masa yang sama menyediakan medium baharu untuk dokumentasi dan penyebaran budaya. Kajian ini berhujah bahawa transformasi budaya masyarakat Iban di Sibu merupakan proses penyesuaian selektif apabila unsur yang masih mempunyai fungsi sosial, simbolik dan identiti terus dikekalkan atau diberikan makna baharu. Kelestarian budaya dengan itu bergantung pada pemindahan pengetahuan melalui keluarga, generasi muda, pemimpin adat, pendidikan, institusi kebudayaan dan penggunaan teknologi digital secara berterusan.

References

Buku dan Jurnal

Bilon @ Senang, B. M. & Tugang, N. (2018). The Iban Traditional Religion: Miring. Journal of Borneo-Kalimantan. Vol. 4 (1): 37-42. https://doi.org/10.33736/jbk.920.2018

Chua, L. (2012). The Christianity of Culture: Conversion, Ethnic Citizenship, and the Matter of Religion in Malaysian Borneo. New York: Palgrave Macmillan.

Freeman, D. (1970). Report on the Iban. London: Athlone Press.

Hasegawa, G. (2018). Iban Gawai Rituals in Their Twilight in Kapit, Malaysia. Indonesia and the Malay World. https://doi.org/10.1080/13639811.2018.1446420

Kiyai @ Keai, G. & Tugang, N. (2020). Artifak Budaya Masyarakat Iban: Warisan dan Pusaka. Jurnal Kinabalu. Vol. 26 (1): 59-71.

Kiyai @ Keai, G. (2023). Faktor dan Kemunduran Artifak Budaya dalam Masyarakat Iban di Sarawak. Perspektif: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan. Vol. 15 (1): 67-79.

Nazri, H. M. (2018). Aspek Sosial dan Kebudayaan Masyarakat Iban di Sarawak. Idealogy Journal. Vol. 3 (2): 79-90.

Postill, J. (2006). Media and Nation Building: How the Iban Became Malaysian. Oxford: Berghahn Books.

Sandin, B. (1967). The Sea Dayaks of Borneo Before White Rajah Rule. London: Macmillan.

Sather, C. (2006). Posts, Hearths and Thresholds: The Iban Longhouse as a Ritual Structure. Dlm. Fox, J. J. (ed.). Inside Austronesian Houses: Perspectives on Domestic Designs for Living. Canberra: ANU Press.

Sutlive, V. H. (1992). The Iban of Sarawak: Chronicle of a Vanishing World. Kuala Lumpur: S. Abdul Majeed & Co.

Tugang, N. (2014). Pua: Identiti dan Budaya Masyarakat Iban. Kota Samarahan: Penerbit Universiti Malaysia Sarawak.

Tugang, N., Senang, B. M. et al. (2022). Warisan Budaya Miring dalam Masyarakat Iban di Sarawak. Kota Samarahan: Penerbit Universiti Malaysia Sarawak.

Yusoff, M. Y. M. (2018). Pemuliharaan Warisan Budaya melalui Perundangan Warisan dan Agensi Pelaksana di Malaysia. Jurnal Melayu. Vol. 17 (2): 143-159.

Sumber Lisan

Buyau Anak Asing. Penduduk kampung. Temu bual.

Published

2026-11-04

How to Cite

[1]
Ingit, M.D. and Bala, B. 2026. TRANSFORMASI DAN KELESTARIAN BUDAYA MASYARAKAT IBAN DI SIBU, SARAWAK, 1960-2024: Cultural Transformation and Continuity among the Iban Community in Sibu, Sarawak, 1960-2024. Jurnal Borneo Arkhailogia (Heritage, Archaeology and History). 11, 1 (Nov. 2026), 273–296. DOI:https://doi.org/10.51200/jba.v11i1.8586.
Total Views: 0 | Total Downloads: 0