PENYERAHAN SARAWAK KEPADA BRITISH DAN TRANSFORMASI POLITIK ORANG MELAYU DI KUCHING, 1946-1963

The Cession of Sarawak to Britain and the Political Transformation of the Malays in Kuching, 1946-1963

Authors

  • Mohammad Nazri Ismail
  • Bilcher Bala

DOI:

https://doi.org/10.51200/jba.v11i1.8589

Keywords:

Penyerahan Sarawak, Orang Melayu, Kuching, Anti-Penyerahan, Transformasi Politik

Abstract

Artikel ini membincangkan penyerahan Sarawak kepada British dan transformasi politik orang Melayu di Kuching antara 1946-1963. Kajian bertujuan menganalisis faktor yang mendorong penyerahan Sarawak, meneliti reaksi orang Melayu di Kuching terhadap perubahan pemerintahan tersebut, serta menilai implikasinya terhadap perkembangan politik, ekonomi dan sosial masyarakat Melayu. Kajian menggunakan pendekatan sejarah secara kualitatif melalui analisis sumber primer berupa dokumen arkib dan laporan, di samping sumber sekunder seperti buku, artikel jurnal, tesis dan akhbar. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penyerahan Sarawak tidak berpunca daripada satu faktor tunggal, tetapi terbentuk melalui gabungan masalah kewangan dan pewarisan keluarga Brooke, kemusnahan akibat Perang Dunia Kedua, keadaan ekonomi serta hubungan politik Sarawak dengan British. Reaksi orang Melayu di Kuching juga tidak bersifat homogen. Golongan anti-penyerahan menjadi kelompok yang lebih menonjol melalui pemulauan, peletakan jawatan, demonstrasi dan kegiatan persatuan, manakala sebahagian kecil masyarakat Melayu menyokong penyerahan berdasarkan pertimbangan kestabilan pemerintahan dan pemulihan Sarawak. Perbezaan tersebut memperlihatkan bahawa masyarakat Melayu mentafsir masa depan politik Sarawak berdasarkan kepentingan, kedudukan dan pemahaman politik yang berbeza. Walaupun gerakan anti-penyerahan gagal membatalkan penyerahan, pengalaman mobilisasi tersebut memperkukuhkan kesedaran politik dan mendorong perkembangan persatuan serta parti politik Melayu pada zaman kolonial British. Dalam masa yang sama, perubahan ekonomi dan sosial tidak berlaku secara seimbang apabila pembangunan kemudahan dan perkhidmatan sosial berlangsung bersama masalah kedudukan ekonomi, pendidikan dan perpecahan politik masyarakat Melayu. Kajian ini berhujah bahawa penyerahan Sarawak bukan sekadar pertukaran pentadbiran daripada Brooke kepada British, tetapi menjadi titik penting yang mempercepat transformasi politik orang Melayu di Kuching daripada gerakan bantahan kepada bentuk mobilisasi politik yang lebih tersusun.

References

Buku dan Jurnal

Achie, N. (2000). Pemikiran Pejuangan Anti Penyerahan: Satu Tinjauan Khusus Terhadap Utusan Sarawak 1949-1950. Jurnal Sejarah. Vol. 8 (8). Hlm. 197.

Adil, B. (2022). Sejarah Sarawak. Kuala Lumpur: Arial Communications Sdn. Bhd.

Blackburn, S. & Ting, H. (2013). Women in Southeast Asian Nationalist Movements. Singapore: NUS Press.

Brooke, A. (1983). The Fact About Sarawak: A Documented Account of the Cession to Britain in 1946. Singapore: Summer Times.

Ho, H. L. (2000). Pertubuhan-Pertubuhan Sosiopolitik di Sarawak Tahun 1946-1963. Jurnal Persatuan Sejarah Malaysia. Vol. 28: 72-117.

Ho, H. L. (2001). Penyerahan Sarawak kepada Kerajaan British. Malaysia dari Segi Sejarah. Vol. 29: 43-73.

Ho, H. L. (2009). Pembangunan Sosial di Negeri Sarawak pada Zaman Pentadbiran Kolonial British, 1946-1963. Jurnal Sarjana. Vol. 24 (2): 82-104.

Ho, H. L. (2019). Gerakan Antipenyerahan di Sarawak 1946-1949: Penentangan Orang Melayu Terhadap Penjajahan British. Journal of Al-Tamaddun. Vol. 14 (1): 73-88.

Junaidi, A. & Ali, N. W. M. (2023). Pengaruh Etnik dalam Pembentukan Parti-Parti Politik Awal di Sarawak, 1959-1963. Jurnal Pengajian Melayu (JOMAS). Vol. 34 (1): 49-66.

Mutalib, N. A. (2009). Pencapaian Masyarakat Melayu Sarawak dalam Bidang Pendidikan Sebelum dan Selepas Merdeka. Jurnal Pengajian Melayu (JOMAS). 20(1): 219-240.

Ngu, I. T. (2017). Ethnicity and Nationalism: Ideological Struggles in Sarawak after the Second World War. Inter-Asia Cultural Studies. Vol. 18 (3): 433-444.

Osman, S. (1990). The Malay-Muslim Response to Cession of Sarawak to the British Crown 1946-51. JEBAT. Vol. 18: 148-158.

Porritt, V. L. (1994). British Colonial Rule in Sarawak 1946-1963. Tesis PhD. Murdoch University.

Ramli, D. M. H. (2011). The Impact of the Colonial Rule on Sarawak and Sabah. Jurnal Darussalam. Bil. 11: 96.

Sahie, N. (2022). Perjuangan Hidup Rosli Dhobi di Sarawak pada 1946-1951. Latihan Ilmiah Ijazah Sarjana Muda. Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah.

Said, S. (2015). Politik Melayu di Sarawak 1946-1966: Bersatu ke Mercu Kuasa. Kuching: InfoGrafik Press Sdn. Bhd.

Seng, G. Q. (2008). The Origins of the Socialist Revolution in Sarawak (1945-1963). Tesis Sarjana. Department of History, National University of Singapore.

Sulaiman, M. H. (1989). Perjuangan Anti-Cession Sarawak. Kuching: Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak.

Tarling, N. (1992). Brooke Rule in Sarawak and Its Principles. Journal of the Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society. Vol. 65 (1): 15-26.

Yaacob, H. F. (2014). Kedudukan Orang Melayu Sarawak di Bawah Penjajahan British 1946-1963. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Published

2026-11-04

How to Cite

[1]
Mohammad Nazri, M.N. and Bala, B. 2026. PENYERAHAN SARAWAK KEPADA BRITISH DAN TRANSFORMASI POLITIK ORANG MELAYU DI KUCHING, 1946-1963: The Cession of Sarawak to Britain and the Political Transformation of the Malays in Kuching, 1946-1963. Jurnal Borneo Arkhailogia (Heritage, Archaeology and History). 11, 1 (Nov. 2026), 317–336. DOI:https://doi.org/10.51200/jba.v11i1.8589.
Total Views: 0 | Total Downloads: 0