TAPAK MEGALITIK DAN TRADISI LISAN GONDIRAN, SOSOPON, PENAMPANG: SATU PENELITIAN AWAL
Gondiran Megalithic Site and Oral Tradition, Sosopon, Penampang: A preliminary study
DOI:
https://doi.org/10.51200/jba.v11i1.8620Keywords:
Megalitik, Tradisi Lisan, Gondiran, Sosopon, Kadazan-Dusun, PenampangAbstract
Tradisi megalitik di Sabah bukan sekadar manifestasi fizikal batuan, tetapi sarat dengan nilai warisan kebudayaan tidak ketara melalui penceritaan tradisi lisan. Walau bagaimanapun, wacana kajian megalitik di Daerah Penampang sering didominasi oleh legenda Monsopiad, berbanding naratif kepahlawanan tempatan lain seperti Gondiran. Makalah ini bertujuan untuk menganalisis hubung kait antara tradisi lisan Gondiran dengan tinggalan megalitik di Kampung Sosopon, khususnya Tempat Tidur Gondiran (Tipongni Gondiran) dan Batu Cabaran Gondiran (Watu Gondiran). Menerusi pendekatan kualitatif dan aplikasi kerangka etnoarkeologi, kajian ini menggunakan pemerhatian lapangan serta dokumentasi sejarah lisan masyarakat setempat. Dapatan kajian menunjukkan bahawa struktur megalitik tersebut berfungsi sebagai mekanisme etnobudaya dan memori kolektif yang mengabsahkan kebenaran naratif kepahlawanan Gondiran sebagai entiti pelindung penduduk kampung. Signifikansi tinggalan megalitik ini bertindak sebagai medium pengekalan identiti, ingatan sosial, dan kosmologi masyarakat Kadazan-Dusun. Walau bagaimanapun, kelestarian warisan ini kini berdepan cabaran kritikal termasuklah ancaman vandalisme oleh golongan muda, serta kelompangan dokumentasi rasmi. Justeru, pendokumentasian dan pemeliharaan holistik melalui integrasi ekopelancongan warisan setempat dan pendokumentasian digital amat mendesak bagi menjamin kelangsungan sejarah dan epistemologi peribumi ini.
References
Buku dan Jurnal
Abdul Syukur. (2007, 14–17 November). Sejarah Lisan Orang Biasa: Sebuah Pengalaman Penelitian (Kertas Pembentangan). Jakarta, Indonesia: Fakulti Ilmu Sosial, Universiti Negeri Jakarta.
Assmann, J. (2011). Cultural Memory and Early Civilization: Writing, Remembrance, and Political Imagination. Cambridge, United Kingdom: Cambridge University Press.
Bascom, W. (1965). The Forms of Folklore: Prose Narratives. Journal of American Folklore. Vol. 78(307): 3–20.
Baszley Bee, B. B. (2011). Tradisi Megalitik di Sabah: Satu Tinjauan Awal. Jurnal Arkeologi Malaysia. Vol. 24: 16–32.
David, B., & Wilson, M. (2002). Inscribed Landscapes: Marking and Making Place. Honolulu, HI: University of Hawai‘i Press.
Eliade, M. (1959). The Sacred and the Profane: The Nature of Religion. New York: Harcourt, Brace & World.
Eliade, M. (1963). Myth and Reality. New York: Harper & Row.
Harrisson, T. (1962). Megaliths of Central and West Borneo. Sarawak Museum Journal. Vol. 10(19-20): 378–380.
Morrison, J. H. (2000). Perspektif Global Sejarah Lisan di Asia Tenggara. Dalam A. W. Adam (Ed.), Sejarah Lisan di Asia Tenggara: Teori dan Metod. Jakarta, Indonesia: Pustaka LP3ES.
Phelan, P. R. (1997). Traditional Stone and Wood Monuments of Sabah. Kota Kinabalu, Sabah: Borneo Research Council.
Renfrew, C. (1984). Approaches to Social Archaeology. Edinburgh, United Kingdom: Edinburgh University Press.
Vansina, J. (1985). Oral Tradition as History. Madison, Wisconsin: University of Wisconsin Press.
Temu Bual
Guraim Gureh. (2024, 5 Oktober). Legenda Gondiran, Tipongni Gondiran dan Batu Cabaran Gondiran (Temu bual dan dokumentasi lisan). Kampung Sosopon, Penampang.
Andresia. (2025, 5 Disember). Isu dan cabaran pemeliharaan tapak megalitik di Daerah Penampang (Temu bual). Majlis Perbandaran Penampang.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Penyerahan manuskrip mensyaratkan bahawa manuskrip tidak pernah diterbitkan di tempat lain ataupun sedang dipertimbangkan untuk penerbitan oleh penerbit lain. Jika dan apabila manuskrip telah diterima untuk penerbitan, maka penulis bersetuju untuk memindahkan secara automatik hak cipta kepada penerbit ©Universiti Malaysia Sabah. Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula dalam bentuk apa pun atau dengan cara apa pun tanpa kebenaran bertulis terbelih dahulu daripada penerbit.
Permintaan kepada Penerbit untuk kebenaran hendaklah dialamatkan kepada:
Penerbit UMS,Tingkat Bawah Perpustakaan,Jalan UMS, Universiti Malaysia Sabah,88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.Tel: (+6088) 320000 Ext. 1015Fax: (+6088) 320446 E-mail: penerbit@ums.edu.my
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Submission of article implies that the article has not been previously published elsewhere nor is under consideration for publication by another publisher. If and when the article is accepted for publication, the authors agree to automatic transfer of the copyright to the publisher ©Universiti Malaysia Sabah. All rights reserved. No part of this publication may be reproduced in any form or by any means, without the prior written permission of the publisher.
Requests to the Publisher for permission should be addressed to:
Penerbit UMS,Ground Floor Library,Jalan UMS, Universiti Malaysia Sabah,88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.Tel: (+6088) 320000 Ext. 1015Fax: (+6088) 320446 E-mail: penerbit@ums.edu.my