Pengaruh Keluarga Dalam memperkasa Keputusan Ekspatriasi Akademik Ekspatriat Berdikari Di Universiti Awam Malaysia

Authors

  • Muhammad Safuan Yusoff

DOI:

https://doi.org/10.51200/ljms.v12i.1390

Abstract

Ekspatriasi merentasi sempadan yang dilakukan oleh kebanyakkan golongan profesional u trend perkembangan kerjaya yang dilakukan di seluruh dunia sama ada secara berdikari mahupun dihantar oleh majikan dalam sesebuah organisasi. Perkara tersebut juga tidak berkecuali berlaku terhadap golongan ahli akademik antarabangsa yang melakukan ekspatriasi melalui inisiatif diri sendiri yang dikenali sebagai akademik ekspatriat berdikari. Keputusan untuk melakukan ekspatriasi ini sememangnya dilakukan bagi mendapatkan peluang kerjaya yang lebih baik dan mampu mendatangkan pelbagai kelebihan yang mana tidak diperoleh sewaktu berkerjaya di negara asal. Namun begitu disebalik setiap keputusan yang dilakukan pastinya mempunyai pelbagai cabaran yang harus ditempuh. Bersandarkan pendekatan kualitatif melalui temu bual mendalam ke atas dua puluh (20) orang akademik ekspatriat berdikari yang berjaya ditemubual, fokus utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengetahui pengaruh keluarga dalam memperkasa keputusan ekspatriasi akademik ekspatriat berdikari di universiti awam Malaysia yang meneruskan kerjaya di negara tuan rumah. Hasil dapatan yang diperoleh dari temu bual yang dilakukan ke atas dua puluh orang responden, memperlihatkan keputusan ekspatriasi didorong oleh elemen kekeluargaan iaitu (i) sokongan dan galakan keluarga seterusnya mampu memperkasa (ii) kemesraan hubungan bersama pasangan. Dari keseluruhan dapatan yang diperoleh telah membuktikan bahawa keluarga memainkan peranan besar dalam memberi keyakinan kepada akademik ekspatriat berdikari dalam membuat keputusan untuk bereskpatriasi sekali gus membawa kepada implikasi positif dalam sesebuah perhubungan bersama pasangan di negara tuan rumah. 

Downloads

Published

2018-06-30

How to Cite

Yusoff, M. S. (2018). Pengaruh Keluarga Dalam memperkasa Keputusan Ekspatriasi Akademik Ekspatriat Berdikari Di Universiti Awam Malaysia. Labuan E-Journal of Muamalat and Society (LJMS), 12, 158–168. https://doi.org/10.51200/ljms.v12i.1390

Issue

Section

Original Articles
Total Views: 285 | Total Downloads: 273

Most read articles by the same author(s)