PENDORONG DOMINAN DAN SUB DOMINAN KEJAYAAN KERJAYA EKSPATRIAT AKADEMIK DI UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

KATA KUNCI: Universiti Malaysia Sabah, Ekspatriat Akademik, Pendorong Dominan, Sub Dominan, Kejayaan, Kerjaya.

Authors

  • Rudy Adie Razak Universiti Malaysia Sabah
  • Irma Wani Othman Universiti Malaysia Sabah
  • Muhammad Safuan Yusoff Universiti Malaysia Sabah
  • Norazah Mohd Suki Universiti Malaysia Sabah

DOI:

https://doi.org/10.51200/ljms.v10i.2577

Abstract

Era globalisasi memperlihatkan peningkatan organisasi multinasional di peringkat antarabangsa. Kebergantungan organisasi terhadap tenaga kerja pakar dari negara luar yang dikenali sebagai ekspatriat turut meningkat termasuklah dalam sektor pendidikan tinggi di Malaysia. Keperluan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) mahupun swasta ke atas tenaga kerja yang terdiri daripada ekspatriat akademik bertujuan bagi memastikan industri pendidikan mampu memperbaiki kedudukan negara ini di peringkat global melalui aspek piawai dan kualiti graduan universiti. Kajian ini memfokuskan faktor utama mendorong kejayaan ekspatriat akademik berkhidmat di Universiti Malaysia Sabah (UMS). Penyelidikan memilih untuk mengaplikasikan pendekatan kaedah penyelidikan kualitatif melalui reka bentuk kajian kes iaitu persampelan bertujuan menggunakan sesi temu bual separa berstruktur ke atas dua puluh orang akademik ekspatriat yang berkhidmat di UMS. Hasil kajian mendapati bahawa faktor seperti penggunaan bahasa, keluarga dan ciri-ciri personaliti merupakan pendorong kejayaan dominan seseorang ekspatriat akademik semasa berkhidmat di Malaysia. Manakala faktor seperti ekonomi dan hubungan negara tuan rumah dengan negara asal turut menyumbang sebagai subdominan. Hasil dari kajian ini dilihat sebagai satu input berharga bagi ekspatriat akademik itu sendiri dalam menyesuaikan diri dalam kerjaya arena pendidikan tinggi negara sekaligus menggalakkan pengekalan ekspatriat akademik di UMS khususnya dan industri pendidikan tinggi di Malaysia secara amnya.

Downloads

Published

2016-06-30

How to Cite

Razak, R. A., Othman, I. W., Yusoff, M. S., & Mohd Suki, N. (2016). PENDORONG DOMINAN DAN SUB DOMINAN KEJAYAAN KERJAYA EKSPATRIAT AKADEMIK DI UNIVERSITI MALAYSIA SABAH: KATA KUNCI: Universiti Malaysia Sabah, Ekspatriat Akademik, Pendorong Dominan, Sub Dominan, Kejayaan, Kerjaya. Labuan E-Journal of Muamalat and Society (LJMS), 10, 77–85. https://doi.org/10.51200/ljms.v10i.2577

Issue

Section

Articles
Total Views: 257 | Total Downloads: 188

Most read articles by the same author(s)

1 2 > >>