PENGANTARABANGSAAN PENDIDIKAN TINGGI: AMALAN DAN CABARAN

Authors

  • irma Wani Othman Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning, Universiti Malaysia Sabah
  • Mohd Kamal Mohd Shahff Faculty of Engineering, Universiti Malaysia Sabah
  • Muhammad Safuan Yusoff Labuan Faculty of International Finance, Universiti Malaysia Sabah
  • Norazah Mohd Suki Labuan Faculty of International Finance, Universiti Malaysia Sabah
  • Hasbullah Awang Labuan Faculty of International Finance, Universiti Malaysia Sabah
  • Herlina Jupiter Labuan Faculty of International Finance, Universiti Malaysia Sabah

DOI:

https://doi.org/10.51200/ljms.v11i.727

Abstract

Amalan dasar pengantarabangsaan pendidikan tinggi negara meletakkan pemahaman terhadap pelaksanaan strategik dan komprehensif dilihat dari perspektif berbeza oleh pelbagai pihak yang terlibat. Dalam usaha menonjolkan keterlihatan Malaysia sebagai hab kecemerlangan akademik di persada antarabangsa, antara cabaran yang dihadapi memberi tumpuan terutamanya dari aspek penglibatan para akademik ekspatriat dalam merangsang kegiatan peringkat antarabangsa pendidikan tinggi negara dan peningkatan kapasiti enrolmen pelajar antarabangsa bagi pembudayaan ilmu dan pembangunan minda kelas pertama. Bertitiktolak dari perdebatan tersebut,
kertas kerja ini bertujuan untuk menerokai kepelbagaian amalan dan cabaran dilalui oleh komuniti universiti, iaitu para akademik ekspatriat, golongan mahasiswa antarabangsa dan pihak pengurusan universiti dalam mencorak keperluan dan kepentingan strategik universiti seiring dengan peralihan kontemporari pendidikan tinggi menuju ke arah pengantarabangsaan. Perbincangan kertas kerja ini berdasarkan hasil kajian yang dilakukan terhadap 55 orang informan yang dipilih dari sepuluh
(10) universiti awam Malaysia yang terlibat sama ada melalui perbincangan fokus berkumpulan mahupun ditemu bual secara mendalam. Dapatan kajian membuka suatu perspektif lanjutan tentang pengalaman komuniti universiti terhadap amalan dan cabaran yang mempunyai implikasi ke atas perlaksanaan dasar pengantarabangsaan pendidikan tinggi negara. Sumbangan kajian ini diharapkan memberi input baru dan mengalihkan tumpuan kontekstual literatur pengantarabangsaan sistem pendidikan yang selama ini dikatakan berfokus bagi tujuan menjana pendapatan sesebuah universiti, kepada pemahaman berbentuk lebih subjektif terutamanya dalam konteks mengutilasikan pengalaman sumber manusia ke arah menyumbang pendidikan tinggi
bertaraf antarabangsa.

Downloads

Published

2017-07-17

How to Cite

Othman, irma W., Mohd Shahff, M. K., Yusoff, M. S., Mohd Suki, N., Awang, H., & Jupiter, H. (2017). PENGANTARABANGSAAN PENDIDIKAN TINGGI: AMALAN DAN CABARAN. Labuan E-Journal of Muamalat and Society (LJMS), 11. https://doi.org/10.51200/ljms.v11i.727

Issue

Section

Original Articles
Total Views: 1305 | Total Downloads: 3402

Most read articles by the same author(s)

1 2 3 > >>