PENGALAMAN TAHUN PERTAMA PELAJAR ANTARABANGSA UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

Authors

  • Hasbullah Awang Labuan Faculty of International Finance, Universiti Malaysia Sabah
  • Irma Wani Othman Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning, Universiti Malaysia Sabah
  • Norazah Mohd Suki Labuan Faculty of International Finance, Universiti Malaysia Sabah
  • Muhammad Safuan Yusoff Labuan Faculty of International Finance, Universiti Malaysia Sabah
  • Herlina Jupiter Labuan Faculty of International Finance, Universiti Malaysia Sabah
  • Rudie Adie Razak Labuan Faculty of International Finance, Universiti Malaysia Sabah

DOI:

https://doi.org/10.51200/ljms.v11i.726

Abstract

Tahun pertama di universiti adalah tempoh masa kritikal dalam kehidupan pelajar. Pelajar tidak hanya tertumpu dari segi intelek, malahan mereka juga turut mewujudkan dan mengekalkan hubungan peribadi, identiti, membuat keputusan mengenai kerjaya dan gaya hidup, kesihatan dan kesejahteraan diri, serta pembangunan terhadap falsafah kehidupan yang bersepadu. Institusi Pendidikan Tinggi di Malaysia berperanan sebagai medium dalam mewujudkan dan menyediakan persekitaran yang dapat membantu pelajar-pelajar antarabangsa merasai pengalaman tahun pertama yang bermakna di universiti tempatan.Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan maklum balas daripada pelajar antarabangsa di Universiti Malaysia Sabah (UMS) pengalaman tahun pertama mereka.Kajian ini memberikan pandangan yang berharga terhadap penyesuian pelajar antarabangsa mengenai pelarasan bukan sahaja dalam sistem pendidikan yang baharu tetapi juga terhadap faktor- faktor seperti budaya dan psikososial. Kajian ini membincangkan beberapa faktor yang memberi kesan kepada pelajar antarabangsa pada tahun pertama mereka di universiti dalam usaha untuk menjadikan pengalaman yang bermakna serta meningkatkan pencapaian akademik mereka. Melalui kaedah kualitatif menerusi kajian kes ke atas 20 orang pelajar antarabangsa diUniversiti Malaysia Sabah yang terlibat secara sukarela untuk ditemubual dengan menggunakan kaedah temu bual semi struktur, hasil kajian diperolehi. Hasil dapatan penyelidikan mendapati bahawa aspek penyesuaian pelarasan persekitaran, faktor psikososial dan budaya, bahasa, akademik dan juga masalah sosial adalah aspek utama yang dihadapi oleh pelajar antarabangsa. Perbincangan dalam kertas kerja ini turut menawarkan dengan beberapa cadangan berhubung Institusi Pengajian Tinggi Awam di Malaysia dalam mewujudkan pengalaman yang bermakna bagi pelajar tahun pertama pelajar antarabangsa.

Downloads

Published

2017-07-17

How to Cite

Awang, H., Othman, I. W., Mohd Suki, N., Safuan Yusoff, M., Jupiter, H., & Razak, R. A. (2017). PENGALAMAN TAHUN PERTAMA PELAJAR ANTARABANGSA UNIVERSITI MALAYSIA SABAH. Labuan E-Journal of Muamalat and Society (LJMS), 11. https://doi.org/10.51200/ljms.v11i.726

Issue

Section

Articles
Total Views: 1041 | Total Downloads: 1181

Most read articles by the same author(s)

1 2 > >>