MEMANFAAT PENGALAMAN AKADEMIK EKSPATRIAT: DASAR DAN POLISI PENGANTARABANGSAAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

Authors

  • Irma Wani Othman Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning, Universiti Malaysia Sabah
  • Norazah Mohd Suki Labuan Faculty of International Finance, Universiti Malaysia Sabah
  • Muhammad Safuan Yusoff Labuan Faculty of International Finance, Universiti Malaysia Sabah
  • Nor Arifah Mohd Noor Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning, Universiti Malaysia Sabah

DOI:

https://doi.org/10.51200/ljms.v8i.3019

Keywords:

Pengalaman Ekspatriat Akademik, Ekspatriat Berdikari, Institusi Pengajian Tinggi Awam Malaysia, Dasar dan Polisi Pengantarabangsaan

Abstract

Pelan Strategik Universiti Malaysia Sabah (UMS) 2013-2017 dirangka menggariskan tujuh (7) Bidang Keberhasilan Utama Universiti iaitu UMS-KRAs (UMS Key Result Areas), MMS-KRA3 bersandarkan objektif strategik iaitu “Mempertingkatkan Keterlihatan Reputasi di Peringkat Antarabangsa” (Enhancing International Visibility and Reputation)(UMS, 2013). Bagi mencapai matlamat tersebut, UMS menekankan keperluan untuk meningkatkan kualiti pendidikan tinggi dalam menyumbang ke arah pembangunan pendidikan negara. Bersandarkan kepada hasrat yang diwarwarkan,
penglibatan kakitangan akademik bertaraf antarabangsa dilihat perlu bagi menjadikan UMS relevan dan berdaya saing. Kajian ini bersandarkan dua objektif iaitu (i) mengenalpasti pengalaman ekspatriasi akademik ekspatriat di UMS dan (ii)
mengemukakan cadangan terhadap dasar dan polisi pengantarabangsaan UMS berdasarkan pengalaman ekspatriasi akademik ekspatriat tersebut. Hasil kajian yang diperolehi berupaya menyumbang kepada (i) kefahaman refleksi diri pengalaman ekspatriasi perorangan bagi ahli akademik yang berkeinginan berekspatriat secara
berdikari dan (ii) input yang signifikan kepada majikan dengan menyumbangkan data empirikal serta perspektif berguna bakal majikan berhubung isu pengambilan dan pemilihan kakitangan antarabangsa untuk diimplementasikan secara khusus ke dalam dasar dan polisi pengantarabangsaan UMS.

Downloads

Published

2014-06-30

How to Cite

Othman, I. W., Mohd Suki, N., Yusoff, M. S., & Mohd Noor, N. A. (2014). MEMANFAAT PENGALAMAN AKADEMIK EKSPATRIAT: DASAR DAN POLISI PENGANTARABANGSAAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH. Labuan E-Journal of Muamalat and Society (LJMS), 8, 58–72. https://doi.org/10.51200/ljms.v8i.3019

Issue

Section

Articles
Total Views: 270 | Total Downloads: 211

Most read articles by the same author(s)

1 2 > >>