PENGARUH KELUARGA TERHADAP PENYESUAIAN PERSEKITARAN KERJAYA EKSPATRIAT AKADEMIK ANTARABANGSA : KAJIAN KES UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

Authors

  • Rudie Adie Razak Labuan Faculty of International Finance, Universiti Malaysia Sabah
  • Irma Wani Othman Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning, Universiti Malaysia Sabah
  • Norazah Mohd Suki Labuan Faculty of International Finance, Universiti Malaysia Sabah
  • Hasbullah Awang Labuan Faculty of International Finance, Universiti Malaysia Sabah
  • Herlina Jupiter Labuan Faculty of International Finance, Universiti Malaysia Sabah
  • Muhammad Safuan Yusoff Labuan Faculty of International Finance, Universiti Malaysia Sabah

DOI:

https://doi.org/10.51200/ljms.v11i.725

Abstract

Penarikan dan pengekalan kualiti kakitangan akademik adalah menjadi salah satu pertimbangan penting dalam polisi pengantarabangsaan Institusi Pengajian Tinggi. Dalam menambahbaik kedudukan global dan taraf serta kualiti di peringkat antarabangsa. Penubuhan universiti melalui Institusi Pengajian Tinggi menggalakkan lebih ramai kedatangan/pengrekrutan kakitangan akademik antarabangsa kerana pengetahuan yang ditawarkan oleh mereka dan situasi ini menjadi salah satu perkara yang menjadi semakin penting dan berlaku di Malaysia. Kajian ini memfokuskan pengaruh keluarga terhadap penyesuaian persekitaran kerjaya ekspatriat akademik di Universiti Malaysia Sabah (UMS). Penyelidik memilih untuk mengaplikasikan pendekatan kaedah penyelidikan kualitatif melalui reka bentuk kajian kes iaitu persampelan bertujuan menggunakan sesi temu bual separa berstruktur ke atas dua puluh orang ekspatriat akademik yang berkhidmat di UMS. Hasil kajian mendapati bahawa faktor keluarga merupakan pengaruh penyesuaian persekitaran kerjaya seseorang ekspatriat akademik semasa berkhidmat di Malaysia dan dilihat sebagai satu input berharga bagi ekspatriat akademik itu sendiri dalam menyesuaikan diri dalam kerjaya arena pendidikan tinggi negara sekaligus menggalakkan pengekalan ekspatriat akademik di UMS khususnya dan industri pendidikan tinggi di Malaysia secara amnya.

Downloads

Published

2017-07-17

How to Cite

Razak, R. A., Othman, I. W., Mohd Suki, N., Awang, H., Jupiter, H., & Yusoff, M. S. (2017). PENGARUH KELUARGA TERHADAP PENYESUAIAN PERSEKITARAN KERJAYA EKSPATRIAT AKADEMIK ANTARABANGSA : KAJIAN KES UNIVERSITI MALAYSIA SABAH. Labuan E-Journal of Muamalat and Society (LJMS), 11. https://doi.org/10.51200/ljms.v11i.725

Issue

Section

Articles
Total Views: 602 | Total Downloads: 1033

Most read articles by the same author(s)

1 2 3 > >>