Domain Kognitif dan Pencapaian Ungkapan Algebra dalam kalangan Pelajar Tingkatan Dua
Cognitive domains and the achievement of Algebraic expressions among Form Two students
Keywords:
domain kognitif, pembelajaran algebra, ungkapan algebra, Taksonomi Bloom, pencapaian pelajar, cognitive domain, algebra learning, Algebraic Expressions, Bloom’s Taxonomy, Student AchievementAbstract
Algebra merupakan salah satu topik yang sukar dalam pembelajaran Matematik khususnya di peringkat Menengah Rendah. Permasalahan pelajar dalam topik Algebra sering dikaitkan dengan kemahiran kognitif. Penguasaan kemahiran kognitif pada aras rendah dan tinggi dalam topik Algebra adalah satu keperluan yang selaras dengan penekanan kemahiran berfikir aras tinggi dalam kurikulum Matematik. Kajian ini bertujuan untuk mengukur tahap domain kognitif dan pencapaian Ungkapan Algebra dalam kalangan pelajar Tingkatan Dua. Di samping itu kajian ini juga bertujuan untuk menentukan hubungan antara domain kognitif
dan pencapaian Ungkapan Algebra. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan jenis tinjauan. Kaedah persampelan rawak berstrata digunakan dan seramai 386 orang respondan daripada tujuh buah sekolah menengah di daerah Tawau Sabah
terlibat dalam kajian ini. Soal selidik dengan tiga subkonstruk iaitu pengetahuan, kefahaman dan aplikasi digunakan untuk menentukan tahap domain kognitif. Ujian Ungkapan Algebra dengan tiga aras rendah berdasarkan pembelajaran Taksonomi
Bloom Revisi (mengingat, memahami dan mengaplikasi,) digunakan untuk mengukur tahap pencapaian Ungkapan Algebra dalam kalangan responden. Data telah dianalisis dengan menggunakan perisian komputer melalui program Statistical Package for
Social Science (SPSS) versi 27.0. Data dianalisis secara deskriptif berdasarkan min dan sisihan piawai untuk menentukan tahap domain kognitif dan pencapaian Ungkapan Algebra. Pekali Korelasi Pearson digunakan untuk menentukan perhubungan antara domain kognitif dan pencapaian Ungkapan Algebra. Dapatan kajian menunjukkan tahap domain kognitif dan tahap pencapaian Ungkapan Algebra adalah sederhana. Analisis korelasi pula menunjukkan nilai korelasi Pearson r =.594, mempunyai hubungan positif yang signifikan dan kuat antara domain kognitif dan pencapaian Ungkapan Algebra. Penentuan domain kognitif Algebra melalui kajian ini sangat berguna untuk melihat tahap domain kognitif pelajar dan kesan nya terhadap pencapaian mereka. Dapatan kajian ini boleh menjadi panduan membantu para pendidik dan penyelidik untuk menyelesaikan masalah dalam pembelajaran Algebra khususnya pelajar menengah rendah.
References
Ali, M. dan Abu Bakar, N. (2007). Tahap Kefahaman Pelajar Tingkatan Empat dalam Tajuk Ungkapan Algebra. Fakulti Penddikan: Universiti Teknologi Malaysia.
Anderson, L., & Krathwohl, D. R. (2001). A Taxonomy for Learning, Teaching, and Assessing: A Revision of Bloom‟s Taxonomy of Educational Objectives. New York: Longman
Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2017). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Matematik Tingkatan 1 dan 2. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2018). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Matematik Tingkatan 1 dan 2. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Bayat, S., & Tarmizi, R. A. (2010). Assessing Cognitive and Metacognitive Strategies During Algebra Problem Solving Among University Students. Procedia-Social and Behavioral Sciences, 8, 403 – 410.
Bayat, S., & Meamar, A. (2016). Predicting Algebra Achievement: Cognitive and Meta cognitive Aspects. Procedia - Social and Behavioral Sciences, 217, 169–176.
Bloom, BS (Ed.). (1956). Taxonomy of educational objectives: Cognitive domain. Harlow: Longman
Booth, L. R. (1981). Child Methods in Secondary Mathematics. Educational Studies in Mathematics, 12, 29 – 41. https://doi.org/10.1007/BF00386044
Budiaji, W. (2013). Skala pengukuran dan jumlah respon skala likert. Jurnal ilmu pertanian dan perikanan, 2(2), 127 – 133.
Egodawatte, G. (2011). Secondary school students’ misconceptions in algebra. Unpublished Ph.D. Thesis, University of Toronto, Canada. Retrieved from https://tspace.library.utoronto.
Fitriani, S.S., Yusuf, Y.Q., Zumara, A. (2021). The use of cognitive domain in questions: The perception of students and lecturers of public universities in Aceh. Journal of Language and Linguistic Studies, 17(Special Issue 1), 122 – 138.
Foo, J. Y., Abdullah, M. F. N. L., Adenan, N. H., & Hoong, J. Y. (2021). Kajian keperluan pembangunan modul latihan berasaskan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi bagi topik Ungkapan Algebra tingkatan satu. Jurnal Pendidikan Bitara UPSI, 14, 33 – 40
Herscovics, N and Linchevski, L. (1994). A Cognitive Gap Between Arithmetics and Algebra, Educational studies in Mathematics, 27, pp. 59 – 78
Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti. (2015). Panduan Pengurusan Mata Pelajaran Matematik Sekolah Rendah Sekolah Menengah (1st ed.). Putrajaya, Malaysia: Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Kementerian Pendidikan Malaysia.
Joffrion, H. K. (2005). Conceptual and Procedural Understanding of Algebra Concepts in the Middle Grades. December, 79.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2017). Sukatan Pelajaran Metematik Sekolah Menengah. Pusat Perkembangan Kurikulum, Kuala Lumpur, 7 – 15
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025, Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia
Krejcie, R. V. and Morgan, D. W. (1970). Determining Sample Size for Research Activities. Educational and Psychological Measurement, 30, 607 – 610.
Lodholz, r. (1999). The Transition from Arithmetic to Algebra. In B. Moses (Ed.), Algebraic Thinking, Grades K-12 (Pp.52 – 58). Reston, VA: National Council of Teachers of Mathematics.
Lucariello, J., Tine, M. T., & Ganley, C. M. (2014). A formative assessment of students’ algebraic.
Marpa, E. P. (2019). Common Errors in Algebraic Expressions: A Quantitative-Qualitative Analysis. International Journal on Social and Education Sciences, 1(2).
Neyman, J. (1992). On the two different aspects of the representative method: The method of stratified sampling and the method of purposive selection. In Breakthroughs in Statistics (pp. 123 – 150). Springer, New York, NY.
Nor’ain Mohd Tajudin, Marzita Puteh, Mazlini Adnan, Mohd Faizal Nizam Lee Abdullah & Amalina Ibrahim (2015). Persepsi dan amalan pengajaran guru Matematik dalam penyelesaian masalah algebra. Jurnal Pendidikan Sains & Matematik Malaysia, 5(2), 12–22.
Nurzayani binti Yusup. (2014). Miskonsepsi dalam Algebra. Universiti Kebangsaan Malaysia. 408–415.
Pallant, J. (2012). SPSS Survival Manual, A Step by Step Guide to Data Analysis Using IBM SPSS (5th Ed.). Two Penn Plaza, New York, USA: The Mc Graw Hill Companies.
Peng, P., & Kievit, R. A. (2020). The development of academic achievement and cognitive abilities: A bidirectional perspective. Child Development Perspectives, 14(1), 15 – 20.
Radah Krishna, S. (2015). “Analisis Kesilapan dalam Pengembangan dan Pemfaktoran Ungkapan Aljabar dalam kalangan Pelajar Tingkatan Empat”. Tesis Ijazah Sarjana Sastera (Pendidikan).
Roberts, L. W., & Clifton, R. A. (1992). Measuring the Cognitive Domain of the Quality of Student Life: An Instrument for Faculties of Education. Canadian Journal of Education/Revue Canadienne de l’éducation, 17(2), 176. https://doi.org/10.2307/1495319
Sangit, Z. (2007). Kesilapan dalam ungkapan algebra di kalangan pelajar tingkatan 4: satu kajian kes. Doctoral dissertation, Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Sanip, F. A., & Che Ahmad, C. N. (2014). Kesedaran strategi metakognitif dan kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan pelajar Biologi. Jurnal Penyelidikan Pendidikan, 15.
Sarimah Kamrin, & Shaharom Nordin. (2008). Tahap Penguasan Kemahiran Berfikir Kritis Pelajar Sains Tingkatan Empat. Jurnal Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, 13, 58–72
Seth Sulaiman., & Mohd Zawawi Mohd Razali. (2017). Tahap Kognitif Pelajar Tingkatan Empat di Sekolah Menengah di dalam Daerah Kluang Johor Berdasarkan Taksonomi Bloom dalam Mata Pelajaran Sains. 53(9), 21–25.
Shepard, L.A., (2000) The Role of Classroom Assessment in Teaching and Learning, CSE Report 517, Centre for the Study of Evaluation, Graduate School of Education & Information Studies, University of California, Los Angeles, USA