ANALISIS BAHASA DALAM IKLAN MEDIA SOSIAL DI MALAYSIA
ANALYSIS OF LANGUAGE IN SOCIAL MEDIA ADVERTISEMENTS IN MALAYSIA
Keywords:
tahap bahasa pengiklanan, penulisan kopi, media sosial, kualitatif, Malaysia, advertising language level, copywriting, social media, qualitativeAbstract
Seiring dengan perubahan masa dan pembangunan dalam sektor komunikasi dan media, pengiklanan dilihat semakin meluas dan boleh didapati di mana sahaja, termasuklah dalam media sosial. Pengiklanan merupakan salah satu kaedah untuk mempromosikan jenama kepada khalayak sasarannya melalui saluran media tertentu. Kandungan iklan sering dihasilkan dengan penulisan kopi dan visual yang mengagumkan untuk menarik perhatian pembaca agar dapat bertindak dan membuat pembelian. Secara spesifiknya, bahasa pengiklanan diaplikasikan dalam penulisan kopi untuk mengubah sikap pengguna terhadap sesuatu jenama. Walaupun begitu, kajian lepas dalam mempelopori isu bahasa pengiklanan yang digunakan oleh pengiklan di Malaysia adalah masih terhad. Untuk mengisi kelompangan kajian lepas, penyelidikan ini dijalankan untuk mengenalpasti tahap bahasa pengiklanan yang digunakan oleh pengiklan di Malaysia melalui media sosial. Berdasarkan sorotan literatur, bahasa pengiklanan wujud dalam beberapa jenis dan tahap serta digunakan oleh pengiklan untuk menarik perhatian dan mengubah sikap pengguna terhadap sesuatu produk. Khususnya, kajian ini dijalankan dengan menganalisis kandungan iklan media sosial Milo dan temubual mendalam terhadap pengguna Milo. Hasil kajian mendapati tahap bahasa pengiklanan yang digunakan ternyata wujud namun pengguna lebih tertarik kepada tahap bahasa pengiklanan yang spesifik iaitu fonologikal, leksikal dan pragmatik. Pihak pengiklan di Malaysia lebih kerap menggunakan tahap bahasa pengiklanan yang tertentu kerana ia menarik perhatian khalayak dengan lebih cepat dan efektif.
Parallel with the changes of time and development in the communication and media sector, advertising is seen to be increasingly widespread and can be found everywhere, including in social media. Advertising is one of the methods in promoting a brand to its target audience through certain media channels. Ad content is often produced with attractive copywriting and visuals to grab the reader’s attention in taking action and making purchases. Specifically, the language of advertising is applied in copywriting to change consumers’ attitudes towards a brand. Nevertheless, past research on the issue of advertising language used by Malaysian advertisers is still limited. To fill the gap of literature, this research was conducted to identify the levels of advertising language used by Malaysian advertisers through social media advertisements. Based on the literature review, advertising language exists in several types and levels and is used by advertisers to attract attention and change consumers’ attitudes on a product. Particularly, this study was conducted by content analysing Milo’s social media advertisements and in-depth interviews with Milo consumers. The study’s results found that the levels of advertising language used by advertisers in Malaysia do exists but consumers are more interested in specific level of advertising language, namely phonological, lexical and pragmatic. Advertisers in Malaysia often used a certain level of advertising language because it attracts the attention of the Malaysian audience faster and more effectively.