IDENTITI MENERUSI MEDIA SOSIAL: KONSTRUKSI, KONTEKS DAN HUBUNGANNYA DENGAN ASPEK PENGETAHUAN

IDENTITY THROUGH SOCIAL MEDIA: CONSTRUCTION, CONTEXT AND RELATIONSHIP WITH KNOWLEDGE ASPECT

Authors

  • Jamilah Maliki Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak
  • Normah Mustaffa Pusat Kajian Media dan Komunikasi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 34600 Bangi, Selangor
  • Mohd Nor Shahizan Ali Pusat Kajian Media dan Komunikasi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 34600 Bangi, Selangor
  • Mus Chairil Samani Felo Kanan Universitas Esa Unggul, Indonesia

Keywords:

konstruksi identiti, identiti dalam talian, identiti sebenar, identiti samaran, identiti unggul, identity construction, online identity, real identity, ideal

Abstract

Media sosial membolehkan individu mewujudkan identiti dalam talian yang memaparkan identiti pilihan mereka. Identiti dalam talian membenarkan individu berinteraksi dengan semua lapisan termasuk orang yang tidak dikenali. Kajian terdahulu telah menunjukkan bahawa individu  mengkonstruk identiti dalam talian yang berbeza untuk memenuhi interaksi sosial yang berbeza. Kajian ini dijalankan untuk menyelidik hubungan antara keupayaan pengetahuan individu dengan konstruksi identiti dalam talian dalam kalangan pengguna media sosial. Facebook telah dipilih sebagai bahan kajian memandangkan ia mempunyai jumlah pengguna laman sosial terbesar dalam kalangan penuntut di institusi pengajian tinggi serta merupakan media sosial yang paling popular dalam kalangan golongan muda. Tinjauan telah dijalankan terhadap 391 responden yang merupakan pengguna aktif Facebook. Kajian mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara peranan pengetahuan dengan konstruksi tiga jenis identiti dalam talian. Set pengetahuan yang berbeza digunakan oleh pengguna-pengguna Facebook untuk mengkonstruk identiti dalam talian seperti identiti sebenar, identiti unggul dan identiti samaran. Justeru, kajian ini mengesahkan peranan pengetahuan dalam mempengaruhi konstruksi identiti dalam talian bagi ketiga-tiga identiti yang dikenal pasti.

 

Social media allow people to create an online identity that displays their own preferences. Online identity allows people to interact with all walks of people, including strangers in the cyberworld. Previous studies have shown that people construct different types of online identities to suit different social interactions with different people. This study investigates the relationship between an individual’s cognitive ability and the construction of online identity among social media users. Facebook was chosen as the site for studying online identities as it has the largest number of users among students in higher institutions as well as its popularity among young people. A survey was carried out with 400 respondents who are active users of Facebook. The study found there is a significant relationship between cognitive roles in the construction of three different types of online identities. Different sets of cognitive abilities were used by Facebook’s users to construct different types of online identities such as real identity, ideal identity, and fake identity. Thus, this study confirms that cognitive influences the types of online constructed identity.

Published

2022-06-23
Total Views: 282 | Total Downloads: 399