About the Journal
Jurnal bertajuk Jurnal Maritim Asia Tenggara atau “Journal of Southeast Asia Maritime” dan singkatannya JMAT. Terdapat beberapa justifikasi mengapa jurnal ini dinamakan Jurnal Maritim Asia Tenggara seperti berikut:
3.1. Istilah Maritim Merujuk kepada segala tindakan manusia di laut atau dari laut yang melahirkan bidang-bidang penelitian seperti pelayaran, perdagangan, pelabuhan dan perkapalan, perikanan, perlanunan, budaya bahari, dan sebagainya. semua bidang ini sangat penting dalam konteks Malaysia menuju ke arah negara berstatus negara maritim. Istilah maritim juga selari dengan agenda pusat penyelidikan Ekonomi Biru dan Keselamatan Maritim itu sendiri.
3.2. Istilah Asai Tenggara pula dipilih adalah kerana penetapan lokasi dan geografi yang menjadi ruang lingkup atau batasan kajian untuk jurnal ini. Ruang Asia Tenggara ini meliput satu kawasan yang luas termasuklah antaranya Laut China Selatan, Laut Sulu, Laut Sulawesi, Laut Jawa, Selat Melaka, Selat Sunda dan sebagainya. Semua kawasan ini menjadi fokus jurnal ini yang juga melibatkan ahli akademik dalam dan luar negara seperto Indonesia, Brunei, Filipina, Thailand dan Jepun.
3.3 Hingga kini belum ada satu nama yang ditubuhkan atas nama jurnal Maritim Asia Tenggara di Malaysia mahupun di luar negara.