About the Journal
Jurnal Maritim Asia Tenggara atau Journal of Southeast Asia Maritime (JMAT) telah ditubuhkan secara rasmi pada 1 Ogos 2024 selari dengan perlantikan Ketua Editor pertama. Jurnal ini diuruskan dan dikelolakan penerbitannya oleh Pusat Penyelidikan Ekonomi Biru dan Keselamatan Maritim di bawah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Malaysia Sabah. Terdapat lima tujuan penubuhan jurnal ini (1) untuk mewujudkan sebuah jurnal ilmiah yang memfokuskan kepada kajian maritim dan hal ehwal kelautan, (2) Membolehkan penyelidikan dan penulisan yang dijalankan oleh ahli akademik yang berkaitan diterbitkan dalam bentuk jurnal, (3) Menjadikan jurnal ini sebagai rujukan utama para ahli akademik apabila membuat kajian dalam bidang maritim dan kelautan, (4) Sebagai platform perkongsian ilmu antara ahli akademik dalam dan luar negara, dan (5) Menjalinkan kerjasama dalam penerbitan jurnal dengan mana-mana universiti atau agensi yang berkaitan dengan bidang ini.