PEMBUKTIAN ANIMUS OCCUPANDI BAGI PENDUDUKAN BERKESAN (EFFECTIVE OCCUPATION) DI PULAU LAYANG-LAYANG: ANALISIS KE ATAS KES TERDAHULU

Authors

  • Marja Azlima Omar Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah, Jalan UMS, 88400, Kota Kinabalu, Sabah

Keywords:

animus occupandi, pendudukan berkesan, terra nullius, Pulau Layang-Layang, kedaulatan wilayah

Abstract

Artikel ini meneliti keperluan membuktikan animus occupandi (niat dan kehendak untuk bertindak sebagai pemerintah berdaulat) sebagai salah satu unsur teras pendudukan berkesan bagi pemerolehan wilayah yang disifatkan terra nullius, dengan tumpuan kepada tuntutan Malaysia terhadap Pulau Layang-Layang (Swallow Reef). Melalui analisis kandungan ke atas keputusan penghakiman kes terdahulu dan penaakulan kehakiman yang membentuk ukuran pembuktian animus occupandi, artikel ini memperincikan bagaimana niat berdaulat dikenal-pasti dalam pertikaian wilayah. Tindakan kedaulatan yang dilaksanakan melalui deklarasi kedaulatan, peluasan undang-undang nasional, pemberian konsesi, dan tindakan pentadbiran autoriti negara  yang ” diperlihatkan secara aman dan berterusan (“continuous and peaceful display of state authority”). Artikel ini seterusnya menilai sama ada rangkaian tindakan Malaysia di Pulau Layang-Layang seperti pendudukan ketenteraan, pembinaan infrastruktur, kemudahan awam dan aktiviti ekonomi serta langkah pentadbiran boleh ditafsir sebagai bentuk manifestasi animus occupandi yang mencukupi berdasarkan keputusan penghakiman kes-kes terdahulu. Artikel ini juga menghujahkan bahawa pembuktian animus occupandi perlu disokong oleh dokumentasi amalan negara (dasar, strategi, rekod pentadbiran dan bahan arkib) yang lebih tersusun. Di samping itu, analisis juga perlu menitik-beratkan isu tarikh kritikal (critical date) dan nilai tindakan pasca-pertikaian. Kesimpulannya, animus occupandi  ialah prasyarat normatif yang memandu penilaian ke atas kawalan berkesan; tanpa niat berdaulat yang jelas, pendudukan fizikal semata-mata tidak memadai untuk meneguhkan tuntutan kedaulatan.

Published

2026-06-08
Total Views: 0 | Total Downloads: 0