AKAR GEOPOLITIK DALAM PENDEKATAN DASAR DAN STRATEGI MALAYSIA TERHADAP LAUT CHINA SELATAN
Keywords:
Malaysia, pertikaian Laut China Selatan, geopolitik, persaingan kuasa besar, hedgingAbstract
Makalah ini bertujuan mengenal pasti serta memahami akar geopolitik di sebalik pendekatan dasar dan strategi Malaysia dalam memajukan kepentingan negara di Laut China Selatan (LCS) sebagai sebuah “negara kecil” dalam konteks pertikaian kedaulatan mahupun persaingan strategik kuasa besar (Amerika Syarikat-China) yang semakin intensif di rantau Asia/Indo-Pasifik. Secara spesifik, ia meneliti keadaan sistemik dan dinamika yang cenderung mempengaruhi pendirian, tingkah laku serta keutamaan Malaysia, khususnya dalam mengurus kepentingan geopolitik dan ekonominya sebagai negara penuntut di wilayah maritim yang dipertikaikan tersebut. Makalah ini berhujah bahawa sebagai negara kecil yang terbabit dalam kancah pergolakan LCS, Malaysia cenderung berdepan dengan asimetri, persaingan dan ketidakpastian kuasa yang memerlukan pelaksanaan pendekatan/strategi hedging bagi membuka ruang strategik dan keluwesan dasar untuk negara mengemudi persekitaran geopolitik LCS yang semakin tidak menentu, kompleks dan samar-samar. Ini termasuk pengaplikasian kombinasi strategik instrumen hedging yang merangkumi elemen diplomasi, perundangan, ekonomi dan ketenteraaan sebagai pendekatan pragmatis lagi berkesan dalam menjamin kelangsungan serta kepentingan nasionalnya.
