PERLANUNAN SEBAGAI EKONOMI ALTERNATIF DALAM KONTEKS TEORI SISTEM DUNIA: MEMBINGKAI SEMULA NARATIF SEJARAH MARITIM ASIA TENGGARA

Authors

  • Mohammad Sham Bin Mohammad Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah, Jalan UMS, 88400, Kota Kinabalu, Sabah
  • Josrin Masandal Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah, Jalan UMS, 88400, Kota Kinabalu, Sabah
  • Nurfarhana Fatin Mohd Yassin Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Malaysia Sabah, Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu, Sabah

Keywords:

Perlanunan, ekonomi alternatif, masyarakat pesisir, sejarah maritim, teori sistem dunia

Abstract

Kajian ini bertujuan menganalisis perlanunan di Asia Tenggara pada abad ke-18 dan ke-19 sebagai satu bentuk ekonomi alternatif serta menjelaskan faktor sosial, politik dan ekonomi yang mendorong kemunculan serta kelangsungan aktiviti tersebut. Kajian ini berangkat daripada jurang dalam historiografi yang lazimnya menafsirkan perlanunan semata-mata sebagai jenayah maritim atau ancaman keselamatan, sedangkan fungsi ekonominya dalam kehidupan masyarakat pesisir masih kurang diberikan perhatian. Berasaskan Teori Sistem Dunia oleh Wallerstein, masyarakat pesisir ditafsirkan sebagai kawasan pinggiran (periphery) yang mengalami ketidakseimbangan struktur akibat penguasaan perdagangan oleh kuasa teras (core). Dalam konteks ini, perlanunan dilihat sebagai mekanisme adaptasi ekonomi dan strategi kelangsungan hidup bagi komuniti maritim yang terpinggir daripada rangkaian perdagangan formal. Kajian menggunakan pendekatan sejarah kualitatif melalui sumber sekunder dengan menerapkan analisis naratif bagi mentafsir hubungan antara perubahan sistem perdagangan global dengan perkembangan perlanunan di Asia Tenggara. Hasil kajian menunjukkan bahawa aktiviti perlanunan bukan sahaja menjana pendapatan melalui rampasan barang dagangan, kutipan tebusan dan perdagangan hamba, malah berfungsi sebagai mekanisme pengagihan semula sumber ekonomi serta memperkukuh kedudukan politik dan sosial komuniti maritim dalam sistem perdagangan serantau. Kajian ini menyumbang kepada perbahasan sejarah maritim dengan membingkai semula perlanunan sebagai sebahagian daripada strategi adaptasi ekonomi masyarakat pinggiran terhadap perubahan struktur ekonomi dunia sekali gus menawarkan perspektif yang lebih seimbang terhadap sejarah maritim Asia Tenggara.

Published

2026-06-26
Total Views: 8 | Total Downloads: 6