PEMETAAN LAUT CHINA SELATAN: PERANAN UNITED KINGDOM HYDROGRAPHIC OFFICE (UKHO) DALAM PEMBENTUKAN PENGETAHUAN MARITIM
Keywords:
Laut China Selatan (LCS),, United Kingdom Hydrographic Office (UKHO), Hidrografi, Kartografi Sejarah, Pengetahuan MaritimAbstract
Laut China Selatan (LCS) merupakan salah satu kawasan maritim yang paling penting dalam sejarah perdagangan dan pelayaran dunia. Kedudukannya yang strategik sebagai laluan penghubung antara Lautan Hindi dan Lautan Pasifik telah menjadikan perairan ini tumpuan kuasa-kuasa maritim sejak abad ke-16. Dalam konteks tersebut, United Kingdom Hydrographic Office (UKHO) memainkan peranan penting dalam mengumpul, mengesahkan dan menyebarkan maklumat hidrografi yang berkaitan dengan LCS. Artikel ini meneliti peranan UKHO dalam pembentukan pengetahuan maritim mengenai LCS antara tahun 1795 hingga 1975. Kajian ini menggunakan pendekatan sejarah berasaskan sumber primer yang terdiri daripada Carta Admiralty, Hydrographic Survey Books, China Sea Pilot dan rekod survei hidrografi British yang disimpan di arkib UKHO. Kajian mendapati bahawa, UKHO bukan sekadar berfungsi sebagai institusi teknikal yang menghasilkan carta pelayaran, tetapi turut bertindak sebagai pengeluar pengetahuan maritim yang membentuk pemahaman geografi, navigasi dan klasifikasi fitur maritim di LCS. Melalui proses survei, pemetaan dan dokumentasi nautika, UKHO telah membangunkan satu sistem pengetahuan yang menjadi rujukan utama pelaut, pentadbir kolonial dan komuniti maritim antarabangsa selama lebih satu abad. Artikel ini berhujah bahawa pembentukan pengetahuan maritim oleh UKHO telah menyumbang kepada penghasilan ruang maritim (maritime space) yang kemudiannya mempengaruhi pemahaman geografi dan sejarah LCS hingga ke hari ini.
