PULAU LABUAN SEBAGAI JARINGAN MARITIM DALAM SEJARAH BRITISH BORNEO,1846-1923
LABUAN ISLAND AS A MARITIME NETWORK IN THE HISTORY OF BRITISH BORNEO, 1846-1923
Keywords:
Pulau Labuan, Jaringan Maritim, Perdagangan, Perkapalan, British BorneoAbstract
Kajian ini membincangkan mengenai sejarah Pulau Labuan sebagai jaringan maritim dalam sejarah British Borneo dari tahun 1846 hingga tahun 1923. Jaringan maritim merupakan rangkaian dan hubungan ekonomi di laut yang berhubung kait dengan aktiviti perdagangan, pelabuhan dan perkapalan. Semua aspek ini sangat penting bukan sahaja untuk British mencipta keuntungan semata-mata tetapi juga untuk melihat kepentingan pulau ini dalam konteks sejarah maritim di Borneo. Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan kualitatif yang memberi tumpuan kepada sumber primer dan sumber sekunder dalam mendapatkan bahan-bahan kajian. Berdasarkan rekod-rekod sejarah jelas menunjukkan bahawa British telah berusaha mengeksploitasi sumber ekonomi di pulau ini sehingga menjadikan pulau ini sebagai tanah jajahan British pada tahun 1846. Walaupun dasar ekonomi British lebih menitikberatkan ekonomi berasaskan tanah daratan, namun aspek perdagangan, pelabuhan dan perkapalan juga turut menjadi tumpuan utama British di pulau ini.
Published
Issue
Section

