KAJIAN IKONOGRAFI KAPAL KARAM BERDASARKAN PENDEKATAN PANOFSKY (1939) SEBAGAI PENJELASAN ARKEOLOGI DAN SEJARAH
A STUDY OF SHIPWRECK ICONOGRAPHY BASED ON PANOFSKY'S (1939) APPROACH AS AN ARCHAEOLOGICAL AND HISTORICAL EXPLANATION
Keywords:
Maritim, Kapal Karam, Ikonografi, Arkeologi, PanofskyAbstract
Tragedi kapal karam mewakili “antiepopeia dos descobrimentos” kepada pelayaran dan bencana maritim yang dominan. Peristiwa ini dinaratifkan dalam medium komunikasi yang pelbagai dan bersifat non-oral terawal adalah melalui imej visual yang dilakar atau diukir pada platfom semulajadi atau buatan. Imej tersebut memberi perspektif yang termotif dan tersimbol. Bagi mengidentifikasi, menjelaskan, mengklasifikasi dan menginterpretasi imej tersebut, ikonografi adalah subjek dan metode yang digunakan. Ikonografi kapal karam dalam konteks arkeologi maritim adalah kajian ke atas warisan ketara iaitu objek sebagai medium bernaratif dan warisan tidak ketara tentang pengetahuan maritim masa lampau. Manakala dari perspektif sejarah maritim, ikonografi adalah dokumentasi bergambar yang mengandungi masej atau makna tentang penjelasan perihal tragedi kapal karam sebagai fragmen sejarah manusia dalam berinteraksi dengan laut. Justeru perbincangan yang akan diutarakan ini menyentuh imej visual dan penjelasannya dari perspektif ikonografi kapal karam dari pelbagai zaman kebudayaan sebagai peristiwa yang dialami oleh manusia dalam mencapai modenisasi melalui penjelasan arkeologi maritim dan sejarah maritim.
Downloads
Published
Issue
Section

