SEJARAH PELABUHAN DI KELANTAN: GRAFIKAL DAN POTRET KENANGAN
HISTORY OF PORTS IN KELANTAN: GRAPHICS AND MEMORIAL PORTRAITS
Keywords:
Pengangkutan air, kerajaan maritim, artifak KelantanAbstract
Pembangunan sektor ekonomi maritim perlu melihat cermin sisi belakang (sejarah) sebagai panduan kejayaan usaha masa hadapan lebih terjamin, berkesinambungan dengan usaha yang dilaksanakan sebelumnya. Kertas ini berusaha mengenengahkan sejarah pelabuhan-pelabuhan di Kelantan. Metod pengumpulan berdasarkan data dokumentasi manakala analisis dilakukan secara diskriptif dengan dikepilkan potret lama serta peta grafik. Ternyata pelabuhan di sekitar negeri Kelantan telah lama wujud dengan pembuktian sejarah dan bentuk muka buminya yang strategik. Kerajaan-kerajaan lama yang wujud sekitar bumi Kelantan sememangnya menjadikan jalan air dan jalan laut sebagai laluan perdagangan dan perhubungan. Justeru usaha membongkar sejarah dan potensi pelabuhan di kelantan perlu menjadi keutamaan negara.
