SEJARAH PEMERINTAHAN KESULTANAN BRUNEI SEBAGAI KERAJAAN TALASOKRASI PADA ABAD KE-16

HISTORY OF THE GOVERNMENT OF THE SULTANATE OF BRUNEI AS A THALASSOCRATIC KINGDOM IN THE 16TH CENTURY.

Authors

  • Yusry Sulaiman Pensyarah, Kolej Sastera & Sains, Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun & Falsafah, Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah
  • Mosli Tarsat Pensyarah Program Sejarah, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah
  • Mohamed Ali Haniffa Pensyarah, Kolej Sastera & Sains, Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun & Falsafah, Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah

Keywords:

Kesultanan Brunei, kerajaan talasokrasi, Sultan Brunei, kerajaan maritim

Abstract

Kajian ini membincangkan Kesultanan Brunei sebagai sebuah kerajaan talasokrasi yang berkembang pada abad ke-16 di bawah pemerintahan Sultan Muhammad Shah (Awang Alak Betatar), Sultan Bolkiah I, dan Sultan Saiful Rijal. Kesultanan Brunei berjaya mengukuhkan empayar melalui penguasaan maritim, hubungan diplomatik, serta kekuatan ketenteraan. Penaklukan wilayah di sekitar Kepulauan Borneo, Kepulauan Sulu, Mindanao, dan Luzon menjadikan Brunei sebagai kuasa dominan di rantau ini. Selain itu, sistem pentadbiran dan perundangan yang diperkenalkan, termasuk Hukum Kanun Brunei serta struktur sosial berdasarkan sistem wazir dan cheteria, memastikan kestabilan politik dan ekonomi. Kajian ini juga meneliti faktor-faktor yang menyumbang kepada kemerosotan pengaruh Brunei akibat cabaran dalaman dan kedatangan kuasa Barat. Kesimpulannya, Kesultanan Brunei merupakan contoh kerajaan maritim yang berjaya mengekalkan pengaruhnya dalam tempoh yang panjang sebelum berhadapan dengan ancaman kolonialisme.

Published

2025-06-20
Total Views: 11 | Total Downloads: 31