ARTIFAK KAPAL KARAM TANJUNG SIMPANG MENGAYAU, KUDAT, SABAH
SHIPWRECK ARTIFACTS AT TANJUNG SIMPANG MENGAYAU, KUDAT, SABAH
Keywords:
Tanjung Simpamng Mengayau, Kapal Karam, Dinasti Song, Seramik, LogamAbstract
Kertas kerja ini membincangkan artifak daripada kapal karam Tanjung Simpang Mengayau yang ditemui pada kedalaman 12 meter di pesisir perairan Kudat, Sabah pada tahun 1990-an. Berbanding tapak kapal karam lain yang ditemui di Malaysia, kapal ini merupakan antara kapal karam tertua yang membawa pelbagai jenis muatan hasil dagangan. Tiga jenis artifak yang ditemui pada kapal ini ialah (i) logam dan (ii) seramik seladon dan tembikar batu. Fokus penelitian ialah muatan kargo artifak seramik dan logam sahaja manakala artifak kayu merupakan serpihan bahan kapal (bukan muatan kargo). Artifak seramik dikelaskan mengikut ciri morfologi yang terdapat pada setiap artifak seperti jenis, bentuk dan warna. Artifak logam pula dikelaskan kepada gong dan cermin. Hasil analisis dan klasifikasi ke atas kargo kapal karam Tanjung Simpang Mengayau mendapati bahawa kargo seramik dan logam ialah barangan dagangan bertarikh Dinasti Song (960 Masihi hingga 1127 Masihi) untuk tujuan pasaran perdagangan di Asia Tenggara sebagaimana artifak lain yang ditemui di tapak-tapak kapal karam lain di Asia Tenggara.
