IRANUN DAN BALANGINGI: ANTARA PERLANUNAN DAN PEROMPAKAN LAUT DALAM KONTEKS PERADABAN MARITIM

IRANUN AND BALANGINGI: BETWEEN PIRACY AND MARITIME RAIDING IN THE CONTEXT OF MARITIME CIVILIZATION

Authors

  • Mohammad Sham Bin Mohammad Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah, Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu, Sabah
  • Josrin Masandal Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah, Jalan UMS, 88400, Kota Kinabalu, Sabah

Keywords:

Iranun, Balangingi, Perlanunan, Peradaban Maritim, Sejarah Maritim Asia Tenggara

Abstract

Artikel ini membincangkan aktiviti maritim bersenjata yang dijalankan oleh komuniti Iranun dan Balangingi pada abad ke-18 dan ke-19 dengan meneliti sama ada mereka wajar digolongkan sebagai lanun (pirates) atau perompak laut (sea raiders) dalam konteks peradaban maritim Asia Tenggara. Aktiviti mereka sering digambarkan secara negatif dalam sumber kolonial, namun kajian ini berusaha menilai semula naratif tersebut dengan mempertimbangkan peranan mereka dalam struktur sosial, sistem kepemimpinan, dan ekonomi rampasan yang teratur. Penulisan ini mengemukakan hujah bahawa Iranun dan Balangingi membentuk satu bentuk peradaban alternatif yang berfungsi di luar kerangka negara-bangsa moden dan berasaskan kekuasaan laut. Objektif kajian ini adalah untuk menilai semula tanggapan kolonial terhadap aktiviti perlanunan serta mengenal pasti unsur peradaban dalam organisasi maritim mereka. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui analisis dan karya sekunder. Hasil awal menunjukkan bahawa aktiviti mereka merupakan strategi ekonomi dan politik yang sah dalam ekosistem maritim Nusantara. Kajian ini penting untuk memperluas wacana sejarah maritim dan membina semula pemahaman terhadap hubungan antara kuasa, identiti, dan peradaban di laut.

Published

2025-12-21
Total Views: 15 | Total Downloads: 6