Pencapaian murid menggunakan Modul CAFЀ melalui pendekatan konstruktivism dalam subjek Fizik musim pandemik COVID-19
DOI:
https://doi.org/10.51200/bije.v2i.4110Keywords:
Konstruktivisme, PdPr, pandemik, pembelajaran, Constructivism, pandemic, learningAbstract
Pandemik COVID-19 telah mempengaruhi sistem pendidikan di seluruh dunia, yang terpaksa melaksanakan PdPr dalam talian secara mengejut. Walaupun PdPr dalam talian berjaya dijalankan namun perancangan yang teliti adalah amat penting memandangkan pengembangan sumber daya teknologi dan manusia adalah terhad, masa penyediaan mengikut keadaan semasa, tambahan lagi kesediaan murid dari segi kepelbagaian mental emosi murid. Memandangkan musim pandemik yang melanda negara yang memaksa pengajaran dan pembelajaran harus dipindahkan ke format dalam talian, kajian tindakan ini dilaksanakan bertujuan meningkatkan pencapaian 8 orang murid rawatan yang dikesan gagal menguasai kemahiran menjawab Kertas 2 Subjek Fizik dan seterusnya menyebabkan kegagalan dalam subjek Fizik. Memandangkan mereka merupakan kumpulan murid calon Peperiksan SPM, maka penggunaan Modul CAFÉ digunapakai dengan pendekatan Konsturktivisme dalam meningkatkan prestasi pencapaian peperiksaan. Data kajian dikutip dan diukur melalui kutipan markah analisis item kertas 2 subjek Fizik selepas Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Ahir Tahun serta Peperiksaan SPM 2020. Dapatan kajian menunjukkan dengan pendekatan konstruktivisme melalui Modul CAFÉ, kumpulan murid rawatan ini mampu menguasai teknik menjawab dengan baik dan seterusnya meningkatkan pencapaian dalam subjek Fizik.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright and Disclaimer
Copyright of all articles published in the Borneo International Journal of Education is held by the journal. The views, interpretations and conclusions expressed in the published manuscripts are solely those of the authors and do not necessarily reflect the views or positions of the Editorial Board, Advisory Board or the journal’s management.
Open Access Policy
Borneo International Journal of Education adopts an open access publishing model in which all articles are made freely available to the public without access restrictions. Permitted uses include reading, downloading, copying, distributing, and linking to the full texts of articles, subject to appropriate attribution. This policy conforms to the Budapest Open Access Initiative (BOAI).